EMAS PUTIH MAHAL, TAPI RENDAH NILAINYA
Apakah itu emas putih??
Emas putih merujuk kepada emas yang di aloikan dengan lain-lain logam putih seperti perak, palladium atau nikel.
Penerangan tentang emas campur atau emas aloi (TEKNIKAL)
Emas asli sendirinya adalah unsur yang aslinya kuning, ia juga lembut, terlalu lembut untuk memegang permata, oleh itu kenalah dialoikan dengan mencampurkan dengan logam lain yang lebih keras supaya dapat memegang permata. Emas tulen adalah 24karat, untuk memudahkan emas ini boleh mengikat permata, ketulenannya adalah 14karat iaitu 58.5% emas, untuk menghasilkan karat aloi dari kuning emas, logam lain adalah dari perak dan cooper, campuran yang mengekalkan kekuningan.
Untuk menghasilkan emas putih nikel dan palladium adalah bahan asas yang digunakan selain dari campuran cooper dan perak. Ini menjadikan logam ini keputihan walaupun rupa emas telah tiada tetapi kandungan emas tetap ada dalam nilai kuantiti seperti ditandakan pada tanda karat.
Dalam penghasilan emas kuning dan putih, sedikit campuran zink dimasukkan untuk menambah baik keboleh kerja dan kebolehan casting. Di pasaran, ada 2 jenis emas putih iaitu emas putih campuran nikel dan emas putih campuran platinum.
Sesetengah orang ada alahan kepada emas putih nikel. Ini kerana mereka mengalami ruam akibat nikel tadi. Oleh yang demikian emas putih biasanya disadur dengan lapisan rhodium, ada juga pembuat barang emas putih yang menghasilkan barang kemas dari palladium. Palladium adalah logam dari kumpulan platinum. Emas putih dari nikel ada sedikit kekuningan manakala emas putih palladium ada sedikit kelabu.
Untuk memutihkan emas putih yang campuran nikel ini, nikel akan diputihkan dalam satu proses dinamakan bleaching melalui proses kimia kemudian disadur dengan rhodium.
Emas putih harganya lebih mahal dari emas 999 biasa. Ia dijual pada harga platinum (logam termahal), tapi tak ada value bila nak jual balik..Ia cantik,tapi rugi...Tapi,awas bagi mereka yang tiada ilmu pasal emas..silap-silap kena tipu..Emas paling bernilai ialah emas 999 dan 916. Emas 999 sangat lembut dan kalau gigit pun boleh lekuk. Emas 916 pula keras sikit. Barang kemas kebanyakkannya pakai emas 916, tapi emas 916 tak cukup kuat untuk pegang batu permata. Jadi kalau beli barang kemas 916 tapi ada permata, kena cek betul2 ye..Biasanya separuh guna emas 916, sebahagian lagi emas yang rendah kualiti macam emas 750..
PLATINUM
Platinum adalah jarang diperolehi, warna asalnya adalah warna putih. Ia dialoikan dengan iriduim, cobalt ataupun ruthenium untuk meningkatkan kekerasan dalam pembuatan barang kemas. Jika dibandingkan dengan emas putih lain, ia kelihatan lebih putih tetapi ianya amat mahal atas beberapa sebab. Antaranya ialah :
1. Lebih berat dari emas
2. Logam aloi mengandungi 90-95% ketulenan platinum dan 14k 58.5% emas
3. Logam itu sendiri yang mahal
Platinum juga adalah di antara logam untuk di aloi dan di cast, kos pembuatan adalah 5 kali ganda dari emas. Jadi, harga emas putih dari platinum dipengaruhi oleh workmenship dan harganya 3 kali lebih mahal dari emas putih dari campuran nikel. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan makmal dan gigi.
PALLADIUM
Palladium adalah logam dari kumpulan platinum yang berfungsi seperti platinum, tetapi ia lebih ringan dan lebih murah dari platinum. Ia banyak digunakan dalam perang dunia kedua, ianya sesuai dijadikan barang perhiasan kerana kebolehkerja dan kecantikkannya.
Jadi bagaimana..inilah cerita serba sedikit tentang emas putih yang dapat kami kongsikan..
Hukum bagi lelaki yang memakai emas putih dan platinum adalah HARAM...Antara dalil-dalilnya adalah :
Ali bin Abu Talib r.a berkata ;
"Rasulullah S.A.W mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah :
"Halal buat orang-orang perempuan."
Nabi S.A.W juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian cincin itu dicabut oleh Nabi lalu dibuang ke tanah.
Kemudian beliau bersabda :
"Salah seorang antara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia diletakkan di tangannya. Setelah Rasulullah S.A.W pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan : "Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah". Maka jawabnya : "Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah" (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, iaitu mereka memakai pena emas, jam emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan barang-barang yang lain adalah haram hukumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan