Rabu, 8 Februari 2012

PERBANDINGAN PINJAMAN AR-RAHNU VS PINJAMAN BANK

Hari ini telah banyak pusat pajak gadai Islam yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.Jadi, mane lebihnya dan mana kurangnya pinjaman Ar-Rahnu berbanding pinjaman bank?Antara pusat pajak gadai yang ada ialah Ar-Rahnu oleh Perbandanan Negeri Kelantan, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank dan Ar-Rahnu Koperasi.

Bagi kakitangan kerajaan mereka diberi keistimewaan untuk membuat pinjaman dengan bank..Memang mudah bagi golongan ini membuat pinjaman bank berbanding pekerja swasta. Pinjaman yang ditawarkan juga lebih tinggi kadar 'interest' dan bayaran bulanan juga tinggi jika banyak jumlah yang dipinjam. Jika kakitangan kerajaan boleh mendapat 'personal loan' dengan interest 3.5% - 5.0%, golongan swasta terpaksa membuat pinjaman dengan interest sehingga 13%. Maybe ada yang lebih tinggi dari itu.

Pinjaman Peribadi

  • Perlu membuat permohonan yang mengambil masa dan mengisi pelbagai borang serta mendapatkan pengesahan dari majikan
  • Memerlukan pelbagai syarat untuk lulus pinjaman dan ada juga yang perlukan penjamin
  • Tidak membayar ansuran bulanan sama ada sebab sangkut (nama akan blacklist)
  • Pinjaman konvensional. Ada juga pinjaman Islamik yang ditawarkan,namun status 'bank islam' masih meragukan dan mengelirukan kerana interest yang lebih tinggi
  • Bayaran bulanan rendah kerana tempoh pinjaman yang lebih panjang
  • Tidak semua golongan layak membuat pinjaman bank
Pinjaman Ar-Rahnu
  • Perlu bawa salinan IC dan emas, anda akan dapat tunai dengan segera
  • Perlu ada cagaran iaitu emas
  • Fleksibel kepada peminjam kerana boleh bayar dalam masa 6 bulan atau lebih bergantung kepada plan masing-masing
  • Tiada unsur riba atau gharar
  • Nama akan disenaraikan di CCRIS jika emas dilelong atau gagal menebus emas tersebut
  • Kadar upah simpan lebih kurang 1% sebulan
  • Asalkan ada emas, berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia (anda layak meminjam)
Kesimpulannya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Ar-rahnu lebih mesra rakyat manakala bank lebih mementingkan golongan tertentu. Apa sahaja pilihan, pastikan anda tahu pro dan kontranya serta bijak dalam membuat perancangan untuk menguruskan hutang. Hutang yang baik adalah hutang yang memberikan pulangan yang menguntungkan, bukan liabiliti. Maka, tepuk dada tanya selera..Keputusan di tangan anda...

Tiada ulasan: