MAGNET KEKAYAAN - UNTUK MENGELAKKAN 'KEBOCORAN', JOM KETAHUI RAHSIA SIMPANANNYA
Emas mengelakkan 'kebocoran'
Apakah maksudnya?Simpanan emas telah membuatkan kita membekukan wang kertas dalam bentuk logam berharga yang diiktiraf di seluruh dunia. Malah, di dalam Al-Quran juga disebut mengenai emas perak berulang kali menunjukkan ia bukanlah sebarangan logam sebaliknya logam yang berharga (precious metal). Peringata juga diberi kepada yang menyimpan emas dan perak namun tidak berzakat. Rasulullah juga ada bersabda :
"Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakat, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah SWT menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya."
Emas mengelakkan kita dari terjebak dengan skim cepat kaya, skim ponzi dan MLM yang hanya mencari downline serta pelbagai pelaburan yang tidak sah namun menjanjikan pulangan hebat setiap tahun. Menyimpan emas tidak menjanjikan anda pulangan bulanan namun ia menjamin kewangan anda di masa hadapan. Emas tidak boleh membuatkan kita kaya serta merta tetapi ia mengelakkan anda dari terus miskin.
Simpanan emas menyelamatkan kewangan anda dimakan inflasi! Tahukah anada berapa peratus inflasi yang berlaku setiap tahun?? Inflasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila barang-barang sekeliling kita perlu dibayar lebih wang kertas untuk anda memilikinya. Jika dahulu anda boleh membeli banyak barang dengan RM50, sekarang wang dengan nilai yang sama hanya mampu membeli beberapa barang sahaja.
Wang kertas semakin disusut nilai kerana ia matawang yang tidak bersandarkan apa-apa. Negara kapitalis boleh mencetak wang fiat ini sesuka hati mereka dan merompak harta benda di seluruh dunia. Dalam masa yang sama merekalah penyimpan emas yang terbanyak. Mereka yang membuatkan anda, malah kita semua percaya wang merekalah yang paling berharga.
Setiap kali harga emas melambung, ia menunjukkan betapa lemahnya wang kertas. Wang kertas ini semakin susut nilainya. Mahukah anda menyimpan kertas yang semakin lama semakin tidak berharga??
Ya, pasti ramai yang akan katakan "mana boleh hiduo tanpa wang kertas". Baca lagi dahulu fakta seterusnya. Sedarkah anda wang kertas adalah debu-debu riba yang terpaksa kita gunakan pada hari ini??Wang kertas adalah riba. Ini yang disebut-sebut oleh pejuang dinar dan dirham yang tidak kenal erti penat lelah dalam usaha menyebarkan tentang peranan Dinar dan Dirham.
Jadi, dengan menyimpan emas anda sedang berusaha untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas dan perak dan hanya tinggalkan sedikit wang kertas untuk keperluan. Wang kertas masih diperlukan sebagai medium pertukaran on the spot untuk membeli barang-barang keperluan lain. Namun sekarang, telah ada pihak-pihak yang menerima Dinar dan Dirham dalam transaksi bisnes mereka.
Simpanan emas ada auranya yang tersendiri, sekali anda bermula anda pasti ingin menyimpannya lagi. Ia beranak pinak dan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jika menyimpan wang, bila sekali keluar masa terdesak, pasti akan keluar lagi. Akhirnya, simpanan semakin susut. Sudahlah nilainya sendiri semakin menyusut. Orang yang simpan emas dengan matlamat yang jelas, akan dapat rasakan agak rugi jika menjual emas sekadar untung mendapatkan wang fiat semula, melainkan anda benar-benar memerlukannya. Menyimpan emas boleh mengajar anda menjadi seorang yang lebih berjimat cermat, berhemah dan berbelanja semakin sederhana dalam melalui kehidupan. InsyaAllah..
Contoh yang jelas wang kertas menyusut
RM100k yang anda simpan sekarang, beberapa tahun akan datang, ditolak inflasi, nilainya mungkin hanya tinggal lebih kurang RM80k atau lebih kurang dari itu. Tapi, dengan menyimpan emas anda meletakkan nilai yang betul di tempat yang sepatutnya.
Emas semakin naik harganya untuk jangka masa panjang umpama magnet yang menariik kekayaan anda. Contohnya anda beli emas RM100k, beberapa tahun akan datang emas tersebut mungkin bernilai RM400k malah lebih dari itu.
Janganlah menganggap emas sebagai pelaburan, sebaliknya ia adalah simpanan aset yang tidak susut nilai seperti rumah dan hartanah. Emas adalah penyimpan nilai yang baik. Hal ini terbukti sejak 1400 tahun dahulu lagi. Aset terunggul yang mampu dimiliki dan dikumpul sedikit demi sedikit ketika anda memerlukannya. Emas adalah wang yang sebenar.
Sekarang mesti anda sudah faham bagaimana mengikat kewangan anda agar terlindung dari inflasi dan susut nilai serta peranannya sebagai magnet yang menarik kekayaan kepada anda. InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan