Sabtu, 27 Julai 2013

Dapat Emas Jika Badan Kurus

       
                                     

Dubai: Pihak berkuasa Dubai melancarkan kempen hadiah emas kepada penduduk yang berjaya mengurangkan berat badan ketika Ramadan.Kempen itu digelar ‘Berat Anda adalah emas, lapor portal berita.Penaja kempen berjanji sesiapa yang menyertai program akan diberi satu gram emas bagi setiap 2.2 paun berat yang hilang.
Peserta, bagaimanapun, akan tersingkir jika gagal hilang lebih daripada 4.6 paun berat pada 16 Ogos.Tiga peserta paling banyak menurunkan berat badan akan menerima syiling emas bernilai AS$5,500 (RM16,500).Ramai percaya, pihak berkuasa melancarkan usaha itu bagi menggalakkan penduduk tidak makan berlebihan.
Lawan obesiti
Ini kerana ramai makan berterusan hingga pagi menyebabkan pihak berkuasa melancarkan tindakan melawan obesiti.Peserta program berkenaan juga perlu bersumpah untuk tidak mengurangkan berat badan secara tidak sihat.
Bagi membolehkan lebih ramai orang terbabit, alat penimbang diletak di tempat awam.Masalah makan berlebihan selepas berbuka puasa diketahui ramai di Qatar apabila berpuluh-puluh penduduknya masuk hospital pada malam pertama Ramadan.
Ini disebabkan ramai yang mengambil kesempatan daripada banyaknya tempat berbuka untuk penduduk membolehkan mereka terus makan di beberapa tempat. – AGENSI

Tiada ulasan: