Setiap pelanggan, individu dan orang ramai bertanyakan mengenai pelaburan emas di Malaysia, secara konsepnya, pelaburan emas ini adalah “beli dan simpan emas”, dengan maksud melabur dengan membeli emas (ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran), cuma harga emas di dunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Apabila harga emas semakin naik, emas tersebut boleh dijualkan atau emas tersebut terus disimpan untuk satu tempoh masa yang lama. Bayangkan pada zaman Rasulullah S.A.W 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916%) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing.
Apatah lagi Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda: ”Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan.” Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, antaranya ialah:
1. Harga Pasaran Dollar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia.
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi. Sementara India pula merupakan pembeli emas terbesar di dunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin pesat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan Bank-bank Pusat di setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong.
Hampir semua pengeluar emas utama di dunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar di dunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas di dalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari hari ke hari.

Semua di atas antara lima faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan