Harga emas yang jatuh sejak beberapa bulan ini sebenarnya adalah merupakan peluang terbaik untuk anda membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.
Bagi saya sebenarnya harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada anda untuk menambah aset simpanan emas anda atau kepada pelabur yang baru ingin berjinak-jinak dengan emas inilah masanya
walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.
“Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai emas telah kehabisan stok.
“Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa didalam kesusahan. Kerana mereka percaya Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi,”
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.
Kejatuhan harga Emas mungkin mengakibatkan ramai pelabur terkejut dengan trend terkini, Namun bagi saya harga Emas telah mencecah harga yang amat tinggi sejak sekian lama yang menyebabkan ramai yang tidak mampu memilikkinya
“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, Emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
“Kini harga Emas telah jatuh,dan saya yakin ini akan membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki Emas, terutama bagi pembeli baru yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
Jadi kesimpulannya ini adalah masa yang terbaik untuk membeli emas kerana mengikut rekod emas tetap akan naik pada bila-bila masa ..seperti sabda Rasulullah S.A.W “akan tiba satu masa tidak akan ada benda yang paling bernilai kecuali Emas dan Perak”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan