Sabtu, 13 Julai 2013

Kelebihan Dinar


ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar ,gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas  anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.
Dalam entry kali ini,anda boleh baca info tentang jenis emas fizikal ini,kelebihan serta kelemahannya:
TENTANG DINAR 
Kelebihan :
  • Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
  • Digunakan untuk membayar zakat
  • Dijadikan hantaran dan mas kawin
  • Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
  • Simpan untuk pergi haji
  • Tabungan/simpanan
Lain-lain :
  • Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
  • Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

Tiada ulasan: