Khamis, 9 Februari 2012

BERBISNES DULU SEBELUM MELABUR

Soalan standard yang sering kita dengar..kenapa mahu melabur??Ada yang jawab..sebab nak buat income.Sebab nak cepat kaya..

Kenapa Nak Melabur?
Pelaburan bukan tempat yang sangat baik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan kerana pelaburan sebenar hanyalah tempat ideal untuk orang kaya-kaya sahaja. Kalau setakat RM20,000 dan RM30,000 berapa sangat yang kita boleh dapat?
Kalau nak buat duit, lebih baik cari kerja ataupun buat bisness! 'Return on investment'nya jauh lebih tinggi jika kita kerja ataupun buat bisness.
Tapi,kenapa kita perlu beli emas?Sebabnya, duit itu dah tak produktif. Daripada duit itu tak bergerak dan sentiasa susut dimakan inflasi, lebih baik kita tukarkan ia kepada emas.

Melabur Sebab Duit Dah Tak Produktif
Contoh : Azman mulakan buat bisnes biasa-biasa, modal cuma RM400-RM500 pun dah cukup. Bila ada orang order barang,gunakan duit tu dia guna untuk beli produk dan hantar kepada pelanggan. Bila dapat untung, simpan dan simpan lagi.Bila smpai satu tahap,simpanan Azman telah mencecah RM7,000 dalam masa beberapa bulan jer. Disini, kita boleh perhatikan yang bisness kecil-kecilan tidak memerlukan modal pusingan sampai puluhan ribu ringgit. Azman tidak perlulah modal sehingga RM7,000 kerana nilai itu sangat besar. Duit yang keluar masuk untuk pusingan business cuma RM3,000 dan RM4,000 tu tak bergerak pun. Duit itu sudah tidak efisen lagi..

Melupakan Simpanan Dengan Emas & Perak
Azman telah melakukan langkah bijak bila duit yang tak bergerak itu dia telah beli emas..Dengan RM4,000 dia boleh dapat 2 keping gold bar 10gram. Kenapa asyik nak beli emas dan perak? Sebabnya, untuk lupakan duit itu. Ia adalah simpanan untuk dilupakan. Salah satu sebab kenapa orang kaya jadi kaya ialah dia simpan duit secara konsisten, dan duit itu tidak di usik.

Melabur Jangka Panjang dan REAL Property
Begitulah cara orang berbisness buat. Bila duit bisness dah melimpah ruah, dia akan campakkan duit itu dalam pelaburan. Kebanyakkan "jutawan senyap" suka melabur dalam real property dan pelaburan bersifat jangka panjang. Ada duit beli rumah (untuk disewakan), beli tanah, beli lot kedai dan sebagainya. Kalau beli saham,beli untuk jangka panjang. Bukannya beli hari ini, jual esok. 
Orang bisness melabur bukan sebenar-benarnya untuk buat duit tapi sebabnya duit itu sudah tidak efisen untuk pusing bisnes mereka. Itu adalah duit lebihan, bukan duit yang nak pakai sehari dua.

Jadi, kalau nak melabur sebab nak buat duit, rasenya ianya tidak berbaloi..Sebabnya pelabur sebenar lepas mereka buat duit dari bisness..Dan bila asset mereka laburkan dapat jana pendapatan pasif yang besar dan konsisten, masa tu mereka mula retire. Mungkin mereka akan jual bisness mereka dan hidup sebagai pelabur sepenuh masa.

Tiada ulasan: