Selasa, 23 Julai 2013

Bagaimana Abdurrahman bin Auf sangat berjaya dalam perniagaannya & dijamin pula masuk syurga?


Sedangkan pada zaman sekarang, ramai yang berniaga, ramai juga yang kaya-raya..tetapi syurga kah matlamatnya??? Berikut adalah amalan/prinsip beliau yang boleh kita tiru..inshaallah..
  • Seluruh usahanya hanya ditujukan untuk mencari redha Allah semata.
  • Bermodal & berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari barang yang haram bahkan yang syubhah sekalipun.
  • Keuntungan hasil usaha bukan untuk dinikmati sendiri melainkan hak Allah, sanak keluarga & untuk perjuangan di jalan Allah.
  • Abdurrahman bin Auf seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan harta yang mengendalikannya.
  • Sedeqah telah menyuburkan harta Abdurrahman bin Auf, sampaikan ada penduduk Madinah yang berkata, "Seluruh penduduk Madinah terikat dengan Abdurrahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya pada mereka, sepertiga untuk membayari hutang-hutang mereka, dan sepertiga lagi sisanya dibahagi-bahagikan kepada mereka."
  • Kesekuruhan harta Abdurrahman bin Auf adalah harta yang halal, sehingga Uthman bin Affan RA, yang termasuk kaya pun bersedia menerima wasiat Abdurrahman ketika membahagikan 400 Dinar bagi setiap veteran Perang Badar. Atas pembahagian ini Uthman bin Affan berkata, "Harta Abdurrahman bin Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat & berkat."

        sumber:The gold bankers

Tiada ulasan: