Graf berikut menunjukkan harga emas sejak 10 tahun yang lalu, bermula dari 2001 hinggalah 2011:
Graf di atas diambil daripada laman web Kitco.com iaitu sebuah laman web rujukan utama dunia bagi harga pasaran emas.
Berdasarkan graf di atas, dapat kita simpulkan bahawa sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat naik daripada USD271.50/Oz kepada USD1900.30/Oz.
Ini merupakan kenaikan 600% bersamaan dengan purata 60% setahun!
Saya tanya anda, ada ke pelaburan di muka bumi ini yang boleh memberi pulangan keuntungan sebanyak 60% setahun dan dijamin selamat?
Memang tiada.
Tapi emas sangat berpotensi memberi pulangan keuntungan kepada anda sebanyak itu untuk jangka masa panjang.
Berdasarkan hasil kajian & pembacaan saya, untuk menilai sesuatu pelaburan itu, kita perlu melihat ‘track-record’ trend pada tahun-tahun sebelumnya. Dalam dunia pelaburan, trend tidak akan sesekali ‘menipu’ anda. Ianya akan berulang.
Untuk pengetahuan anda juga, orang dulu-dulu pun telah mula menghargai nilai emas yang bolehmembina dan menjamin kekayaan sebenar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan