Sabtu, 20 Julai 2013

DINAR DAN DIRHAM MAMPU ATASI KRISIS EKONOMI


                        dinar dirham kelantan

foto: Dinar Kelantan
KUALA LUMPUR 2 April 2012 - Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain," katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan dengan rasminya melancarkan Matawang Syariah , 
Dinar dan Dirham pada 12 Ogos 2010.


                                                     

Dinar Emas dan Dirham Perak terbitan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan secara rasminya dilancarkan pada 12 Ogos 2010 untuk dimiliki oleh semua.Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan boleh didapati dari rangkaian wakalah lantikan Kelantan Golden Trade.

Tiada ulasan: