Khamis, 18 Julai 2013

Serba Sedikit Asas Berkenaan Emas


                                

Untuk pembaca yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia emas, disini saya ingin menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas. kenapa saya memilih menyimpan emas bukan wang tunai. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan
 saya ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia iaitu:

1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank dll)
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).
Di Malaysia, terdapat beberapa institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu: 
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
7.Kedai Emas D'wangi -Tamis Gold dan jongkong emas

 terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu
  •  emas fizikal 
  • simpanan akaun 
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank seperti RHB.

Tiada ulasan: