Khamis, 29 Ogos 2013

Batu Jarum Mas

                         
                                                     

Batu jarum mas atau nama omputih dia ialah 'Rutilated Quartz' atau pendek lagi Rutile. Ada orang panggil batu jejarum atau jarum je sbb nampak jarum yang lain-lain warnanya. Jarum mas sbb kaler jarum tu emas, ada jarum tembaga, jarum perak, jarum hijau dan warna lain lagi. Orang Cina panggil batu ni sebagai batu rambut sbb selalunya jarum tu nampak lebat cam rambut. tengok gambar kat bawah ni.

                                                    

Jarum yang kita nampak tu pun berbagai bentuk dia, ada yang berselirat, ada yang selari (ini cantik), ada yang lintang pukang tapi kebanyakan jarumnya bersifat lurus dan yang agak bengkuk atau melentur kureng sikit. kalau ada selalunya itulah yang cantik rupanya. Saya sendiri pernah dapat sebiji batu jarum mas ni yang saiznya sesuai untuk dibuat loket dengan rupa jarumnya sebelah seakan-akan lalang tegak je manakala sebelah lagi melentur seakan-akan padi yang berisi dan condong kebawah. itulah sekali tak sempat ambil gambar dah jual.

                                                 

Dari sudut khasiat pulak, kajian secara tidak formal sejak dari dulu lagi mendapati batu ni agak bagus untuk mempercepatkan pembentukan serta penyusunan sel. Bagi sel-sel yang telah rosak, batu jarum mas bertindak sebagai pemangkin kepada pemulihan sel. Selain dari tu, batu ni sesuai untuk paru-paru,tekak serta sistem pernafasan. Kalau sapa-sape yang ada batuk-batuk serta asthma (lelah) boleh la cuba guna batu ni,memang sesuai sangat la batu ni, insyaallah. Sebagai makluman, batu bertindak sebagai satu kaedah terapi hasil dari tenaga, galian serta warna yang terkandung dalamnya dan bukan sebagai ubat. kita hanya boleh berikhtiar sahaja. 

Bagi orang Cina, batu ni dipercayai boleh membawa kepada kekayaan sebab jarum-jarum dalam batu boleh membiak sama seperti kekayaan yang merimpah ruah.Pernah satu hari tu orang melayu yang terikut-ikut dengan kepercayaan ni, nak kaya sangat atau pun dah susah sangat, datang bertanya pasal batu yang bawak rezeki..  Saya kata kat dia "belilah batu saya ni lepas jual balik dengan harga tinggi sikit tentu dapat rezeki" hahaha. Mana ada macam tu.Rezeki tu ketentuan Allah dengan usaha.

Bagi sesiapa yang nak guna batu ni, ianya sesuai untuk dipakai dalam semua bentuk perhiasan seperti cincin, gelang, loket atau subang. kalau dapat dalam bentuk hiasan seperti pokok atau kristal asli pun ok jugak. Bagi lelaki pulak yang sesuai cuma cincin saja kalau nak pakai loket atau subang memang tak boleh, manakala gelang pulak, fatwa kata kalau untuk khasiat, boleh tapi sbb tak nampak macho kerana warnanya yang cerah, jadi tak boleh jugak la gamaknya. Dan mengikut panduan bagi orang-orang yang tak pasti batu apa nak guna, batu jarum mas sesuai untuk orang yang berbintang atau zodiak Gemini dan Leo. Ini pun sebenarnya gimik pemasaran je jgn taksub.

Oh ya sebagai ingatan bagi sapa-sapa yang minat batu ni, hati-hati sebab saya dah tengok yang palsu. Dibuat dari acrylic iaitu bahan yang diguna untuk buat keychain yang biasa kita tengok ada rama-rama, ketam dan macam-macam lagi lah. Untuk jarumnya diaorang guna dawai yang ada dalam wayar letrik tu.. hah! memang sebiji nampak macam batu jarum cuma cara nak kenal, rasanya macam plastik. 

Tiada ulasan: