KELEBIHAN AR-RAHNU
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional adalah :
1. Tidak mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahnu dan Konvensional adalah pada perjanjian yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah dimana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Dimana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahnu menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahnu melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu yang merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggangnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberi Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
AR-RAHNU
1. Dikendalikan oleh pihak bank iaitu Bank Islam, Agro Bank, RHB Bank dan YAPEIM.
2. Dikendalikan oleh bukan bank macam Koperasi dan Syarikat
Terdapat beberapa istilah dalam Ar-Rahnu yang patut kita tahu :
1. Nilai gadaian
2. Nilai Marhum
3. Pinjaman
4. Tempoh pinjaman
5. Upah Simpan
6. Had pinjaman
A- Nilai Gadaian
:- Nilai gadaian adalah nilai emas dalam RM mengikut ketulenan. Contoh :
Ini adalah list nilai gadaian yang dikeluarkan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor. Harga ini mereka rujuk dengan Bank Rakyat. Bagi Ar-Rahnu yang dikendalikan oleh pihak bank, mereka ambil harga gadaian dari BNM. Harga KPMNJ berubah setiap hari kecuali hari sabtu di mana harga Jumaat menjadi rujukan.
Try pembaca tengok, ketulenan emas mengikut karat..24 karat adalah emas 999.24 k = RM169/gram
B- Nilai Marhum
:- Nilai marhum pula adalah nilai emas yang kita pajak setelah emas kita itu ditimbang dan disahkan ketulenannya. Contohnya :
Pajak gold Bar Pamp Suisse 100gram yang ketulenannya 999.9, jadi di Ar-Rahnu mereka akan mengambil emas 100gram itu lalu dimasukkan dalam satu mesin pengujian, dinamakan densimeter.
Nilai gadaian mengikut ketulenan x berat emas
RM169 x 100gram = RM16900
> Nilai marhum adalah RM16900 (biasa nilai marhum akan lebih tinggi daripada harga Pamp Suisse Gold)
C- Pinjaman
:- Ar-Rahnu bagi pinjam 65% dari nilai marhum, walupun ada juga yang bagi pinjam 70% dan ada juga yang bagi pinjam 50%, tetapi kebanyakan bagi 65%.
formulanya ialah :
Nilai Marhum x 65% = nilai pinjaman
jadi RM16900 x 65% = RM10985 (inilah pinjaman yang penggadai dapat)
D- Tempoh Pinjaman
:- Tempoh sesuatu pinjaman dari gadaian Ar-Rahnu adalah 6 bulan kemudian ditambah 3 dan 2. (sila rujuk Ar-Rahnu)
kaedah pembayaran pinjaman dari gadaian di Ar-Rahnu sangat baik, kerana sangat flexibel, boleh dibayar bila-bila dalam tempoh 6 bulan. Contoh :
RM10985 kita bahagikan kepada 6 bulan, jadinya setiap bulan adalah RM1830.83 setiap bulan..Mustahil nak jelaskan bulanan begini jika kita buat personal loan..Jadi, Ar-Rahnu mengenakan kaedah yang flexibel..
Boleh bayar bulanan, mingguan harian dan nilai bayaran pun suka hati..RM10 ke,20 ke, 100 ke..tak kisah dan yang paling best apabila kita nak sambung bayaran setelah tamat tempoh, katakanlah selama 6 bulan anda bayar dan baki masih ada RM600 lagi, jadi anda boleh sambung bayar lagi 6 bulan tanpa pajak semula atau sesetengah orang panggil overlap pajak, hanya perlu bayar upah simpan selama 6 bulan, lepas itu sambung..sampai habis..bila dah habis..emas pun dapat semula.
E- Upah Simpan
:- Upah simpan adalah upah yang dikenakan oleh Ar-Rahnu kepada penggadai emas..Jadi, emas yang digadai akan dikenakan upah simpan setiap bulan..boleh dibayar bulan, bayar sekaligus pada bulan pertama ataupun pada masa akhir bulan 6..ada banyak rate upah simpan..ada yang 0.5%, 0.65%, 0.7% dan ada 1% biasanya yang dipajakkan..upah simpan yang dikenakan adalah 0.7%..yang telah diambil dari nilai marhum..
Formulanya
Nilai Marhum x Rate upah simpan
RM16900 x 0.7% = RM118.3 (sebulan)
Ar-Rahnu ambil untung dari upah simpan ini
F- Had Pinjaman
:- Had pinjaman adalah had yang ada pada sesuatu akaun pengadai.Ada sesetengah Ar-Rahnu hanya boleh pajak max RM20,000 sahaja..ada RM150,000 dan ada yang cecah RM1 juta..jadi berhati-hatilah ketika buat pajakan..kena ada strategi untuk memajak dan apa kena buat bila dan max pajakkan..kalau tak emas akan kena lelong..
Ok,camne plax jika kita tak dapat tebus balik emas kita..Mesti pembaca ada terfikir kan??Ok,jika penggadai itu tak dapat tebus emasnya,dan tempoh masa diberi telah tamat..dan taknak sambung,maka Ar-Rahnu akan melelong emas kita itu..Then,dapat duit dan duit itulah yang akan digunakan untuk menjelaskan baki hutang dri pajakan kita tadi,jika ada baki..baki itu akan dipulangkan kepada pemajak..
Ar-Rahnu ini jika kita bijak menggunakannya..ia akan banyak membantu kita..hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan