Rabu, 18 Julai 2012

HUKUM BAGI LELAKI YANG MEMAKAI JAM EMAS

Apakah hukum memakai jam emas? Terdapat larangan jelas dari Nabi SAW terhadap lelaki memakai perhiasan dari emas. Sabda Nabi bermaksud;"Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan kepada wanita-wanita mereka" (HR Iman al-Tarmizi dari Abu Musa al-Asy'ri)

Oleh itu, jam yang dibuat dari emas haram bila lelaki memakainya. Begitu juga jam yang bukan keseluruhannya dari emas. Akan tetapi terdapat bahagian tertentu dibuat dari emas seperti jarumnya, linkungan mukanya, tangannya dan sebagainya- juga diharamkan lelaki memakainya kerana ia juga termasuk dalam makna menjadikan emas sebagai perhiasan.

Adapun jam yang bersalut emas, jika salutan emas itu adalah tiruan (yakni bukan emas, tetapi air emas atau bahan lain yang berwarna seperti emas), tidaklah dilarang. Namun, jika salutan itu sememangnya emas (yakni jam yang diperbuat dari logam lain, kemudian disalut dengan lapisan emas diluarnya), para ulamak berbeza pandangan :
a. Menurut jumhur (iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie).jika salutan emas itu banyak, ia adalah haram dipakai oleh lelaki. Jika ia sedikit, tidak haram memakainya tetapi makruh. Ukuran untuk menentukan banyak atau sedikit ialah jika emas itu masih dapat dipisahkan dari logam yang disalutinya- dengan cara peleburan, pengikisan dan seumpamanya,ia dianggap banyak. Jika sudah tidak dapat dipisahkan dengan apa cara sekalipun, ia dikira sedikit.

b. Menurut mazhab Hambali, diharamkan memakainya sama ada salutan emas banyak atau sedikit sama ada emas itu dapat dipisahkan atau tidak lagi dipisahkan kerana larangan Nabi dalam hadis tadi adalah umum merangkumi pengertian emas secara amnya (tanpa diikat dengan sedikit atau banyak). 

Tindakan terbaik ialah tidak memakainya kerana jumhur ulamak yang mengharuskannya dengan hukum makruh (yakni sekalipun tidak haram memakainya, akan tetapi makruh). Lagipun apabila terdapat khilaf di kalangan ulamak, jika kita dapat mengambil jalan untuk lari dari khilaf (dengan tidak melakukannya). Itulah yang terbaik..
WALLAHU A'LAM

Jom kita tonton pe kata Us.Azhar Idrus

Tiada ulasan: