ADAKAH PERHIASAN EMAS DAN PERAK DIKENAKAN ZAKAT?

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka,simpanlah dinar [emas] dan dirham [perak] untuk digunakan.
{Musnad imam Ahmad Ibn Hanbal}

Adakah perhiasan emas dan perak dikenakan zakat?
Emas dan perak wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Bagi perak ia termasuk perhiasan atau barangan yang disimpan. Ia dikira mengikut harga 1 gram perak semasa. Ini adalah berdasarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 

"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan ALLAH SWT (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka di belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dulu"
(At-Taubah:ayat 34-35)

Begitu juga dengan hadis Nabi S.A.W..Riwayat daripada muslim yang bermaksud: " Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan digosokkan ke lambung dahi dan belakangnya.Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya."


Nak tau lagi pasal zakat emas??

Daripada sumber rujukan mereka yang pakar bab-bab emas ini, zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
 1. Zakat emas yang disimpan (tidak disimpan)
 2. Zakat emas yang dipakai

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
    Emas yang disimpan dan dipakai wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Nisab zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) ialah 85gram. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, wajib dikenakan zakat. Kadar zakat emas ialah rubu'al-usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%) daripada nilai emas semasa sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya. Harga zakat emas yang dikenakan adalah mengikut ketulenan emas. Sebelum anda ingin membayar zakat, anda mestilah memberitahu ketulenan emas tersebut samada 999,916,875 atau 750. Pegawai zakat akan mengira berdasarkan ketulenan emas tersebut. Setiap ketulenan emas mempunyai nilai per gram yang berbeza untuk dizakatkan.

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
    Ya, barang kemas yang tidak dikenakan zakat selagi ianya tidak melebihi had pemakaian yang dibenarkan. Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun, jika ia melebihi 'uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5 % atas nilai emas yang dipakai. Nilai yang di ambil kira adalah nilai semasa sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Zakat emas perhiasan wanita akan dikenakan berdasarkan nilai uruf. Uruf bererti cara dan corak pemakaian wanita tempatan. Zakat emas perhiasan ini tertakluk pada lembaga zakat negeri masing-masing. Contohnya zakat emas di Terengganu dikenakan sekiranya emas perhiasan mempunyai berat lebih dari 850gram manakala di Kelantan emas yang dipakai tidak dikenakan zakat. Maklumat ini mungkin berubah dan anda haruslah berhubung sendiri dengan lembaga zakat negeri masing-masing mengenai kadar uruf masing-masing. Berikut adalah senarai nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia rekod pada 2008. (dah cuba cari uruf yg baru untuk 2011 tapi xjumpa fatwa baru utk stp negeri..)

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram