APA YANG ANDA PERLU TAU PASAL EMAS???
Desimeter:Alat untuk menguji ketulenan emas
APA ITU KARAT (K)??
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
1. 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.Dikenali sebagai Emas Kertas/Emas Sepuluh/Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama.
2. 950 Emas Kelantan atau Emas 91/2.
3. 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama.
4. 875
5. 835.
6. 750 18K mengikut ukuran lama.
7. 585 14K mengikut ukuran lama.
8. 375 SUASA-9K mengikut ukuran lama.
Emas 900(atau Emas Sembilan) dan Emas 800(atau Emas Paun) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
1. 958.4
2. 925
3. 830
4. 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
1. 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
Karat X 100 = Standard Ketulenan 24 cara mengukur karat
Standard Ketulenan X 24 = Karat 1000
Contoh Pengiraan:
Standard Ketulenan Emas 750 ppt (parts per thousand) adalah bersamaan
18K (karat).750 X 24 = 18K 1000
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagian logam berharga di dalam aloi (campuran lebih daripada satu logam). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas,perak atau platinum.
PENGUJIAN KETULENAN (ASSAYING)
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai "assaying" adalah penentuan kandungan logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Artikel-artikel yg dibuat dari bahan berharga) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan. Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 atau 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi. Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinum dicap atau diukir dalam bentuk segi tiga.
PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan adalah barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan "assaying office" adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat (K) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli. Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN (PLATING)
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkataan disadur (PLATED) perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas (gold plated) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K (22K gold plated) TIDAK DIBENARKAN.
PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5gram.
PENGECUALIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling, barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, veterinar, saintifik atau perindustrian, benang emas, bahan mentah (termasuk jongkong,tali kelat,keranjang,wayar,plat,kepingan atau tiub) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb Ogos 1995.
CARA UJI KETULENAN EMAS SECARA KONVENSIONAL
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Jag air yg diperbuat daripada plastik.Kaca pun boleh juga.
2. Alat penimbang jitu atau alat penimbang khas utk barang-barang kemas. Mungkin alat penimbang utk buat kek pn boleh guna. Pastikan alat penimbang tersebut fungsi 'tare'. Elok pilih alat penimbang yg mempunyai bacaan dari 0.01g-500.0g
3. Air paip
4. Benang
5. Bekas tadahan. Botol mineral yg dipotong muncungnya pun boleh juga
Langkah-langkahnya:
1. Hidupkan alat penimbang. Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. Jika tidak, tekan fungsi 'tare' utk kembalikan bacaan kpda 0.00g. Ikat emas anda dengan benang,pastikan ada banyak lebihan benang yg blh dipegang. Ini penting utk langkah ketiga nanti. Timbang emas yg telah diikatkan dgn benang td. Anda catatkan beratnya di dalam unit gram. Contohnya 100gram. Kita nama nilai ini sebagai 'm'.
2. Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. Jika tidak, tekan butang fungsi 'tare' utk kembalikan bacaan kpda 0.00g. Letakkn jag air di ats mesin penimbang. Isikan penuh jag air dengan air paip sampai melimpah ikut muncungnya. Keringkan air yang melimpah tersebut dari atas mesin penimbang untuk bacaan yg lebih jitu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. Contohnya 300gram. Kita nama nilai sbagai 'V1'.
3. Pegang hujung benang dan angkat emas tadi ke udara. Celupkan emas tadi perlahan-lahan ke dalam jag air. Tadah air yg keluar dari muncung jag tadi dengan bekas tadahan. Pastikan tiada air yg terjatuh ke atas alat penimbang. Jangan biarkan emas tersebut menyentuh lantai jag air.
4. Setelah keseluruhan emas tersebut tenggelam di dalam air, keluarkan perlahan-lahan emas tadi dari jag air itu. Catatkan berat jag air bersama-sama air tadi. Contohnya 294.83g. Kita nilaikan sbgai 'V2'.
5. Kumpulkan nilai-nilai yg kita dapat tadi. Dari contoh tadi, m=100g,v1=300g dan v2=294.83g. Pengiraan: ketumpatan emas asli adalah 19.32g/cm padu. Oleh kerana kita menggunakan air sebagai medium untuk mendapatkan isipadu air, kita boleh anggap berat 1g air bersamaan dgn 1cm padu air juga. Ini kerana specific gravity (SG) air adalah 1g/1cm padu. (SG air=1.0g/cm padu). Jadi,nilai2 v1 dan v2 tadi kita tukar unitnya kpada cm padu.v1=300cm padu,v2=294.83cm padu formula ketumpatan ialah; ketumpatan (g/cm padu)=jisim(gram)/isipadu (cm padu). Dari nilai2 di atas tadi, kita boleh rumuskan ketumpatan(g/cm padu)=m(g)/v1-v2(cm padu). Jadi, ketumpatan emas=100/300-294.83=100/5.17=19.34 gram/cm padu. Dari nilai ketumpatan di ats, kita boleh beranggapan emas tersebut mempunyai ketulenan 99.9%. Biasanya mesti ada ralat sikit. Untuk emas2 yg lain macam 916 ke, biasanya nombor2 999,916 atau 850 tu menunjukkan peratus kandungan emas di dalam barang2 kemas atau duit syiling atau sebagainya. Jadi, untuk mengira ketumpatan emas 916=19.32X(91.6/100)=17.69gram/cm padu untuk emas 850=19.32X(85.0/100)=16.42 gram/cm padu.