KELEBIHAN EMAS BERBANDING WANG KERTAS

" Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam..."
" Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang, dan cukai, emas sangat-sangat bernilai... "
" Kata nenek pulak, emas ni nak bagi kt cucu perempuan jer..."
" Kata orang yg nak kawin, kenaikan harganya menyusahkan mereka utk merancang dan membina istana..."
" Kata pakar ekonomi pulak, setiap kelebihan yg ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kpd apa yg anda mahu.."



Maka, adalah kebebasan utk kita memilih apa kelebihannya yg sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain org, lain caranya, begitu juga dengan cara pemikirannya.
Oleh itu, jom kita tengok antara kelebihan melabur dalam emas:
1. Suatu pelaburan utk jangka masa sederhana dan panjang sbgai aset simpanan pelabur.
2. Simpanan aset yg mudah dicairkan dan laku dimana shja pada bila-bila masa.
3. Tidak memerlukan pihak ketiga utk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.
5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
8. Pelaburan yg selamat. Jjika amaun simpanan besar, pelabur blh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pd kadar sewa yg berpatutan. 
9. Aset yg boleh diturunkan pada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
11. Boleh dipajak utk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yg rendah di Ar-Rahnu.
12. Design yg cantik dan mempunyai kilauan warna emas yg menarik.
13. Senang utk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram-100gram.
14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga,
15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yg membazirkan.
16. Permintaan emas yg agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang Islam.
19. Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
21. Sebagai hadiah kpda isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri. Anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja utk menentukan masa atau bila utk dijual.
23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bankrup.
24. Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia. Disebabkan itu, banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai. Hanya mereka yg ada simpanan emas shja survive dan bank pula pastinya akan tutup..mesin ATM??Erm..
26. Backup di dalam modal perniagaan,cagaran perniagaan dan sebagainya.
27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
28. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurangnya 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
29. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
30. Hantaran kahwin!! Jangan tunggu lama-lama..nati harga emas makin naik.Jd,kawinlah  cepat-cepat..hehehe..

KELEMAHAN WANG KERTAS
1. Bernilai kerana disokong kerajaan-jika tiada kerajaan maka tiada nilai(contoh Iraq)
2. Ada had sempadan.
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dlm jangka masa panjang.
4. Mudah rosak.
5. Kemerosotan nilai terlalu tinggi, banyak negara yg gagal disebabkan matawang tidak disandarkan pada emas. Bila tak cukup duit, main print jer..matawang ni dinamakan duit fiat (fiat money). Lagi banyak dicetak,lagi rendah nilainya. Nilai wang kertas yg boleh dicetak sesuka hati ini menyebabkan ia kehilangan nilai.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman – 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Malaysia = ?
US = ?

Petikan daripada akhbar Metro (18 Disember 2011)