EMAS...ITULAH HARTAMU...

EMAS
Emas adalah logam berharga yang dicari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentuk ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial.

Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur.

Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warnanya kekal tampa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan. Ia juga boleh disimpan dan mempunyai nilai harga sepnajang sejarah manusia.

APLIKASI
Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkannkekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas mundul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 2

EMAS ITULAH HARTAMU
Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diinginin nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak: harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), disisi Allah ada tempat kembali sebaik-baiknya (syurga). (Ali Imran)