ZAKAT PERAK


Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  Ø Jongkong perak
  Ø  Matawang perak
  Ø  Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  Ø  Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak
  Ø  Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak;
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)
Maksudnya:
“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak:

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat = 1,000 gm x 0.62 x2.5%
= 15.50
*** ingat kadar zakat emas adalah 85g dan perak 595g. Cukup Haul iaitu setahun hijrah pergi pusat zakat minta mereka tolong kirakan.

Untuk kiraan zakat emas secara online boleh kira di website;Kalkulator Zakat Emas dan Perak di E-Zakat Online.

Zakat membawa berkat