Ahad, 18 Disember 2011

JONGKONG EMAS, DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MAS KAHWIN

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-faridah dan al-'aqd. Menurut istilah syara' mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Pemberian mahar oleh suami kepada si isteri melambangkan kesungguhan suami terhadap isteri, juga melambangkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersma isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri, Antara dalil-dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri ialah:
Firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 4
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud:
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi."
( Riwayat Bukhari)

Dari dalil diatas menerangkan pemberian mahar dari suami keatas isteri adalah wajib dan dari hadith diatas ternyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat.

JONGKONG EMAS SEBAGAI MAS KAHWIN
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain. Bagaimana jika sekiranya pemberian mahar tersebut yang sebelum ini diberi dalam bentuk wang ringgit ditukarkan kepada Jongkong Emas dan kami mencadangkan agar anda membeli jongkong emas di Tamis Gold

Antara kelebihan Jongkong Emas Tamis Gold ialah:
1. Cantik dan boleh dijadikan pelaburan, simpanan, hadiah, cenderahati, mas kahwin dan lain-lain lagi.
2. Kos paling murah di pasaran
3. Keluaran Bumiputra muslim
4. Perbezaan harga jualan dan beli yang sangat rendah
5. Mempunyai sijil ketulenan emas yang sah
6. Memberi jaminan membeli semula Jongkong Emas, walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok.
7. Harganya sentiasa dikemaskini setiap hari
8. Urusan jual beli emas dilakukan dengan baik
9. Jika memerlukan duit dengan segera anda boleh gadaikannya tanpa perlu menjualnya.
10. Nilai emas tetap berharga dan semakin hari semakin naik

Mahar merupakan hak isteri dan akan menjadi simpanan isterinya, sekaligus menjadi simpanan pelaburan yang pasti menguntungkan di masa depan, sesuai dengan motto kami" Pelaburan yang menguntungkan dan tiada risiko" . Bererti pembelian dan simpanan hari ini akan membawa pulangan yang amat menguntungkan di masa hadapan kita semua, apatah lagi dengan kenaikan harga pasaran emas dewasa ini setiap hari. Para isteri akan mendapat keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut pada masa depan.

Kami yakin para bakal pengantin khususnya bakal isteri akan bersetuju untuk menerima Mas Kahwin mereka dalam bentuk Emas Jongkong. Kepada mereka yang telah membeli Emas Jongkong dan menggunakannya sebagai Mas Kahwin, Pilihan anda memang tepat kerana anda telah mula menabung untuk kekayaan anda bersama untuk masa depan anda.

Marilah sama-sama menjadikan Jongkong Emas Tamis Gold sebagai Mas Kahwin/ Mahar pernikahan anda, bagi menggantikan wang kertas yang kita gunakan sekarang. Marilah kita kembali kepada zaman kegemilangan islam dahulu, yang menggunakan dinar emas dan dirham sebagai matawang.

DINAR EMAS DAN DIRHAM SEBAGAI MAS KAHWIN
Dinar emas dan dirham perak sebagai mas kahwin pada masa kini. Penggunaan dinar dan dirham wajar diperluaskan dan didedahkan kepada masyarakat yang mana mempunyai banyak kelebihan, selain itu juga harganya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dan boleh digunakan pada saat-saat kecemasan.

Penggunaaan dinar dan dirham sebagai mas kahwin dan hantaran kahwin di Malaysia masih tidak meluas tetapi yang pasti sudah ada individu yang menyebarkan dakwah islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Walaupun mereka tidak mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk menyebarkan islam, tetapi mereka ada cara tersendiri untuk berdakwah.

Mungkin anda tidak pernah mendengar kisah pasangan yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin, pendedahan ekslusif ini membuktikan tradisi menggunakan dinar dan dirham sebagai mas kahwin kian mandapat sambutan. Bagi mereka yang mahu perjuangkan dinar dan dirham sebgai matawang islamik sebenar, anda boleh memulakannya sekarang, tukar mas kahwin dari duit kertas kepada dinar emas. Ikuti kisah dibawah:
Petikan daripada Sinar Harian( Sabtu-17 Disember 2011)

Tiada ulasan: