Khamis, 22 Disember 2011

TEKNIK-TEKNIK MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN MELALUI PELABURAN EMAS FIZIKAL

Tamis Gold ingin berkongsi beberapa tips bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas khas kepada anda semua. Tamis Gold berharap teknik2 ini dapat membantu anda bgi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas.

Antara teknik2 memaksimkan keuntungan melalui pelaburan emas adalah:

BELI EMAS DAN JUAL APABILA HARGA NAIK
Apa yang harus anda lalukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga melonjak naik. Ini adalah teknik biasa yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Anda sendiri tentukan bila sepatutnya mandapat keuntungan dari emas simpanan anda.

Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-aak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Merka takut harga emas akan jatuh selapas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.

Tamis Gold ingin ingatkan anda sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana & panjang (setahun ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!!!

2. BELI EMAS SECARA BERTERUSAN DAN KONSISTEN
Kaedah ini memerlukan disiplin anda, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda mendapat keuntungan secara pemurataan kos ( cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.

   Tarikh               Harga Belian                  Tarikh          Harga Belian
15/1/2009               1823.2                    29/1/2010          2430.8
11/3/2009               2025.8                    23/3/2010          2475.8
18/5/2009               2070.8                    21/5/2010          2656
13/7/2009               2048.2                    23/7/2010          2678.4
1/9/2009                 2149.6                    6/9/2010            2813.3
3/11/2009               2385.8                    17/11/2010        3016

( Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR)
Jadi kos purata anda akan pada 2 tahun tersebut adalah RM2381 bagi setiap 20gram jongkong emas.

Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah:
( RM2921 - RM2381.13 ) x 12 jongkong = RM6478.44

Maka keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebnayak 22.6%

Mengapa tunggu lagi? BELILAH EMAS SEKARANG!!

Bagi menggadakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlah yang paling maksimum.

Sila lihat contoh di bawah ini:
Di dalam contoh ini Tamis Gold telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:

   Tarikh         Harga Belian                            Tarikh              Harga Belian
15/1/2009        1823.2x 15 = 27348          29/1/2010              2430.8
11/3/2009        2025.8                               23/3/2010              2475.8
18/5/2009        2070.8                               21/5/2010              2656
13/7/2009        2149.6                               6/9/2010                2813.2
3/11/2009        2385.8                               17/11/2010            3016

Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah RM2080.71 bagi setiap 20 gram jongkong emas
Maka keuntungan anda adalah:
( RM2921 - RM2080.71) x 26 jongkong emas = RM 21847.54
So keuntungan anda dengan menggunakan tekinik pemurataan kos ini adalah sebanyak 40.38%.
JANGAN TUNGGU LAGI!!!

3. BUAT PINJAMAN UNTUK BELI EMAS FIZIKAL
Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, anda boleh rujuk pada analisa Tamis Gold, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada untung atau tidak  seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.
Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat oinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.

Pinjaman yang baik yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Dibawah ini ialah hasil analisa berdasarkan data:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM 13 620.00

Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz ( harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 keping Kijang Emas 1 Oz
Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2351
8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM 18 808.00 (RM2351 x 8 )

Jika anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88%
Katakanlah anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010- berapakah keuntungan anda???
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4504.00 seunit
Jadi RM4505.00 x 8 keping = RM36,040.00

Keuntungan bersih anda ialah RM22,420 dalam  masa 8 tahun ( bersamaan 224% ). Purata pulangan ialah 28% setahun. LUMANYAN!!!

4. MELABUR SAMBIL BERNIAGA EMAS
Tamis Gold akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak tekinik diatas Tamis Gold kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumanyan. Teknik yang akan Tamis Gold tnjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga. Tiknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:
a. Beli Emas dan jua Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan  = Anda Untung!!
b. Beli Emas masa Harga Rendah dan jual waktu Harga Tinggo = Anda Lagi Untung!!
c. Beli Emas Masa Harga Tinggi dan jual waktu Harga Jatuh = Anda Masih Lagi Untung!!
 Bagaimana melabur sambil berniaga?

Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Tamis Gold. Dengan menjadi agen Tamis Gold, anda bukan shaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Tamis Gold. Produk sangat berkualiti, harga sangat berpatutan jauh lebih murah berbanding jongkong emas di tempat lain. Anda dapat menjana pendapatan sampingan.

Apabila anda menjadi agen Tamis Gold anda akan mendapa faedah-faedah berikut:
i. Komisyen jualan yang tinggi
ii. Keuntungan belian balik yang lumanyan
iii. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula

5. BELI EMAS DAN PAJAK DAN BELI EMAS LAGI
Tamis Gold akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur2 emas tegar bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik manupulasi Ar-rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal. Teknik ini sesuai untuk anda.
Cara-caranya:
i. Anda mestilah ada emas fizikal. Jika masih belum ada, boleh beli dengan Tamis Gold. Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudiab pajakkan emas anda di Ar-rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas izikal. Saya cadangkan beli emas Tamis Gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksimakan keuntungan anda melalui teknik ini.
ii. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di Ar-rahnu. Hasil pajakan tersebut. anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi 2 @ 3 kali. Sebab itu Tamis Gold katakan lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
iii. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda penghujung proses ini. Tujuannya adaah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harga emas naik dengan menjual stok emas di tangan anda. Proses ini boleh diulangi sehingga emas anda habis ditebus.
iv. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa meningkat.

Tiada ulasan: