Khamis, 19 Januari 2012

KENAPA EMAS MENJADI PILIHAN ORANG RAMAI??

Ramai pakar ekonomi, pemimpin-pemimpin dunia menyokong penggunaan logam-logam bernilai sebagai alternatif pelaburan terbaik. Ron Paul, salah seorang calon presiden Amerika, menyatakan bahawa negaranya perlu kembali kepada "gold standard" iaitu keadaan di mana mata wang disokong oleh emas. Ini penting, katanya ekonomi Amerika sekarang lemah kerana manipulasi melampau dalam penawaran wang dalam sistem kewangan Amerika Syarikat.
RON PAUL
Bank dibenarkan memberikan pinjaman wang jauh lebih banyak daripada wang yang ada di bank tersebut..dan ini hanya boleh dilakukan jika wang tersebut tidak memerlukan sebarang aset untuk menyokongnya. Dengan kata lain, mereka hanya perlukan lebih banyak wang kertas sahaja..dan kos untuk mencetak wang itu tidaklah sebanyak nilai muka yang diberikan kepada wang tersebut.

Kertas itu hanya bernilai sebanyak apa "janji" atas kertas itu ada. Jika kertas itu tertulis RM5, maksudnya kerajaan menjanjikan nilai kertas itu adalah RM5 dan boleh membeli barang yang bernilai RM5. Keadaan ekonomi Malaysia tidaklah seteruk Amerika Syarikat, tetapi Malaysia juga setiap tahun mempunyai tahap inflasi. Saya tidak pernah melihat harga barang tempatan menurun. Ada harga barang seperti boleh dikawal, tetapi kuasa pasaran selalunya akan menang. Cuba bayangkan ada ura-ura yang menyatakan harga minyak masak akan naik.

Adakah orang (terutama sekali peniaga kedai yang banyak menggunakan minyak masak) akan duduk senyap-senyap dan tidak membuat apa-apa?Tidak! Mereka akan mencari sedaya upaya sumber minyak masak dan membelinya sebelum habis. Apabila ada peniaga lain datang ke kilang dan melihat minyak masak  tinggal sedikit sahaja, mereka akan panik dan juga membeli dan rantaian tindakan ini akan berlaku. Ini akan memaksa pengeluar minyak masak untuk menaikkan harga minyak.

Apabila kerajaan berkata mereka akan menyekat harga minyak masak, pengeluar minyak masak  akan memberontak dan menghentikan langsung pengeluaran minyak masak. Ini menyebabkan sumber atau bekalan minyak masak dalam pasaran semakin berkurangan. Dan ini menyebabkan pengeluar minyak masak akan meningkatkan harga walaupun kerajaan cakap "jangan naikkan harga".

Dan jika anda perasan, sebab utama kenapa perkara ini berlaku ialah kurangnya kepercayaan kepada bekalan minyak masak dalam pasaran.
Jadi perkara yang sama akan berlaku. Apabila orang melihat kuasa membeli wang ringgit semakin menurun, mereka akan berasa hairan kenapa perkara ini berlaku. Mereka akan mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan kuasa membeli mereka berkurangan.

Mereka akan melihat pelaburan apa yang terbaik untuk menyimpan kuasa membeli mereka. Dan salah satu alternatif menarik yang ada ialah emas dan perak. Mereka akan meletakkan wang kertas mereka dan menukarkannya untuk emas atau perak.

Apabila harga emas berbanding ringgit meningkat, mereka akan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan. Selalunya orang akan memegang emas selama 2 atau 3 tahun sebelum menjualnya (Dan anda akan mendapat lebih kurang 50% pulangan untuk 2 tahun).

Sebab itulah ramai orang di seluruh dunia mahu melabur di dalam emas dan perak kerana bagi mereka itu ialah "SYURGA PELABURAN"..Susah nak rugi....!!

Tiada ulasan: