Rabu, 29 Februari 2012

MESIN ATM EMAS TULEN YANG PERTAMA DI DUNIA


Artikel kali ini adalah sesuatu yang agak menarik. Biasanya yang kita tahu mesin ATM akan mengeluarkan kepingan-kepingan kertas yang kita panggil sebagai wang. Tapi di London, telah tercipta mesin ATM yang digunakan untuk mengeluarkan emas.

Mesin ATM ini telah dicipta oleh usahawan Jerman yang bernama Thomas Geissler. Gold To Go adalah sebuah mesin ATM yang diwarnakan seakan-akan emas dan mempunyai 320 keping emas pelbagai berat. Di dalam mesin itu terdapat sebuah komputer dimana ia akan mengemas kini harga emas setiap 10 minit berdasarkan harga di pasaran dunia. Di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi  merupakan lokasi pilihan pertama untuk mesin ini diletakkan. Hotel Emirates Palace merupakan salah sebuah hotel yang termahal di dunia, yang pastinya ramai golongan diraja dan billionaire berkumpul dan menginap di sana. 
Dengan harga emas yang melonjak naik ketika ini, pastinya mesin ATM kepingan emas tulen seperti ini akan menjadi tumpuan. Para pembeli boleh memilih wang syiling emas seberat satu gram berharga 40 (RM192.97) atau kepingan emas seberat 250gram yang berharga 10, 250 (RM49,445) dengan menggunakan mesin tersebut.
Mesin ini juga mengeluarkan kepingan emas kecil  seberat 2.5 gram dengan harga 100 (RM482.46). Kepingan emas paling kecil yang dijual di mesin itu ialah satu gram.

"Semua kepingan emas pelbagai saiz dan berat dalam mesin ATM ini diimport dari negara Jerman", kata Thomas Geissler. Ianya hanya menerima mata wang tempatan yang sama nilai dengan harga kepingan emas tersebut mengikut berat emas yang diingini oleh pembeli. Pembeli juga boleh membeli dengan mesin ATM ini dengan menggunakan kad kredit. 

Yang menariknya tidak ada pengawal keselamatan untuk mengawasi mesin automatik ini namun ia diperkukuhkan dengan besi yang dilengkapi sistem penggera keselamatan.

Lagi gambar-gambar menarik :






Tiada ulasan: