PAJAKAN EMAS DI AGRO BANK
Ramai orang yang masih tertanya-tanya camne nk buat pajakan emas di bank..Untuk post kali ini Tamis Gold ingin berkongsi berkenaan pajakan emas di Agro Bank..
1. Apabila kita dah pajak di Agro Bank kita kena bayarkan setiap bulankan..untuk tebus balik camne??
Memang betul kita kena bayar..itupun jika nak tebus balik..Ini kerana jika emas itu kita tidak perlukan lagi or tak mau pakai lagi..kita tak perlu bayar bulan-bulan dan tak perlulah kita tebus..kita just bayar upah simpan sahaja.Kita suruh pihak bank simpankan dan bayar upah simpan sahaja. Simpan di rumah agak bahaya pada zaman sekarang..Banyak berlaku kecurian dan rompakan..Lagipun upah simpan hanya RM24 sebulan untuk emas seberat 20g.
2. Macam mana caranya agar saya tak perlu pergi Agro Bank tiap-tiap bulan untuk bayar upah simpan itu?
Itu senang ajer..Semas kita pajak di Agro Bank, kita boleh minta pihak bank tolak sekali upah simpan selama 6 bulan..So, tak payahlah kita pergi ke bank tersebut tiap-tiap bulan tetapi kita perlu datang ke bank apabila kita hendak tukar surat..
3. Bila masanya kita perlu tukar surat?
Erm..Surat perlulah ditukar semasa harga pajakan di Agro Bank naik..hehehe..perlu diingat ye..bukan harga emas yang naik tapi harga pajakan yang naik..Contohnya, sekarang ini harga pajakan di Agrobank untuk emas 999.9 ialah RM165.80 dan emas 916 ialah RM151.90, katakan pada bulan hadapan Agro Bank naikkan pajakan emas 999.9 RM178.60/g dan emas 916 RM159/g...masa inilah kita tukar surat..pihak bank akan kira dengan harga semasa dan tolakan dengan pinjaman yang kita perolehi sebelum ini..duit lebihannya akan diberikan kepada kita..dan kita tambah sikit lagi untuk bayar upah simpan..jangan kita keluarkan duit poket kita..just kita gunakan duit lebihan tu je..So, kita tak keluarkan duit sesen pun untuk proses itu..
P/s: Kita janganlah tukar surat bila harga pajakan kurang dari RM4, sebabnya terlalu sedikit dan tidak berbaloi..Cuma dapat bayar upah simpan jer..Adalah balance RM3 ke RM4 kalau satu jongkong 20 g..Itu memenatkan namanya..but kalau ada 50 keping jongkong 20g..Memang digalakkan tukar surat ye..hehee..
4. Kemudian apa pula seterusnya?
Seterusnya, pihak bank akan lupuskan perjanjian yang lepas dan pihak bank akan buat perjanjian baru. Dia akan keluarkan surat pajakan yang baru dan perjanjian akan disambung selama 6 bulan lagi..
5. Sampai bila kita boleh tukar surat?
Ini merupakan soalan yang sangat popular..Jawapannya sampai pegawai bank itu pencen dan pihak bank kata dah tak boleh tukar surat lagi..hehehe..Maybe semasa pegawai bank itu kata dah tak boleh tukar surat lagi,kita dah perolehi beribu-ribu atau berbelas-belas ribu emas 999.9(20g). Pihak bank akan suruh kita tebus emas itu, kalau tidak emas itu akan dilelong..
6. Kita tak disenarai hitam ker?
Kenapa kita nak termasuk dalam blacklist plax..Kan setiap kali kita tukar surat, pinjaman yang lepas kita dah bayar sebab setelah pengiraan dengan harga baru yang kita perolehi pihak bank akan tolak dengan pinjaman yang lepas..So, pinjaman yang lepas dah bayar..Duit lebihan tu anda yang punye..
7. Selepas kita tak boleh tebus kemudian pihak bank lelong apa akan jadi dengan kita?
Loorr..kita akan dapat hidup senanglah..sebab dah dapat duit itu.Ok,setelah pihak bank lelong emas kita itu,pihak bank akan tolak harga lelongan tu dengan pinjaman kita yang terakhir..kalau ada duit lebihan setelah ditolak dengan upah simpan..duit lebihan itu akan diserahkan kepada kita.Yea..dapat duit lagi..Kan senang hati namanya..hehehe...Ingat emas..ingat Tamis Gold..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan