EMAS BERGELUT UNTUK MENINGKAT NAIK
Emas bergelut untuk meningkat semalam ekoran penurunan taraf kredit Sepanyol yang menyemarakkan kebimbangan berhubung masalah hutang zon euro dan pengukuhan dolar selepas langkah pelonggaran terbaru oleh Bank of Japan turut menambah tekanan.
Bullion yang juga aset berisiko mencapai paras tertinggi dua minggu kepada AS$1,660.60 pada Khamis lalu selaras dengan peningkatan data perumahan Amerika Syarikat (AS) serta kesan daripada tinjauan ekonomi Rizab Antarabangsa AS (Fed) lebih cerah dan ia berjanji untuk menggunakan lebih banyak kelonggaran yang perlu dibuat jika ekonomi merosot.
Namun persekitaran ekonomi kekal keruh dengan sentimen ekonomi zon euro jatuh lebih daripada jangkaan pada April dan pemulihan pasaran pekerjaan AS menunjukkan tanda perlahan.
"Eropah berdepan cabaran dalam jangka masa terdekat berbanding AS. Data AS berkemungkinan akan lebih lemah berbanding jangkaan pasaran, namun tumpuan masih akan terarah kepada ketidaktentuan di Eropah," kata pakar strategi komoditi di Societe Generale di Hong Kong, Jeremy Friesen.
Standard & Poor pada Khamis mengurangkan penarafan kredit Sepanyol sebanyak dua mata, memetik jangkaan bajet defisit kerajaan yang akan merosot lebih daripada sebelumnya ekoran penguncupan ekonomi. Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS$1,652.60 seauns pada 0622 GMT, selari dengan pertumbuhan mingguan 0.7 peratus. Emas AS jatuh 0.4 peratus kepada AS$1,653.30.
Friesen berkata, trend pasaran yang akomodatif akan membantu menyokong sentimen emas walaupun dihalang pengukuhan dolar. Indeks dolar mengembang 0.4 peratus selepas mencatat kerugian dalam tiga sessi berturut-turut dengan Fed memaklumkan bahawa ia bersedia memperkenalkan lebih banyak pelonggaran dasar monetari untuk membantu memulihkan ekonomi.
Minat dagangan adalah kecil di pasaran emas fizikal Asia ekoran kegagalan komoditi itu melepasi paras yang dicatatkan lebih sebulan.
"Kami melihat pembubaran dalam kedudukan yang panjang namun secara keseluruhan ia tidak banyak berlaku. Orang ramai tidak berminat dalam dagangan pada tahap yang sama", kata peniaga berpangkalan di Singapura. Peniaga menjangkakan minat belian fizikal muncul jika harga jatuh kepada paras AS$1,6201.
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan