BELI EMAS DAPAT DUIT SETIAP BULAN
"Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang"
Ada beberapa cara nak melabur dengan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tidak mengikut syariah dan ada yang menipu atau skim cepat lingkup
1. EMAS FIZIKAL
Beli 25 gram emas fizikal bentuk bar, syiling dan barang kemas.
Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Syariah. Cara untuk membuat untung adalah beli ketika harga rendah, kemudian jual bila harga tinggi.
2. AKAUN PELABURAN EMAS
Beli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu diambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.
3. EMAS + AR-RAHNU
Kalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan,ok..Ramai di kalangan pelabur mengikuti skim ini..
4. SAHAM SYARIKAT BERHAD YANG BERKAITAN EMAS DI BURSA MALAYSIA
Hanya Poh Kong Berhad (5080) yang sahamnya dijual beli di Bursa Malaysia. Wah Chan dan Habib Jewels masih Sdn.Bhd. Poh Kong merupakan penjual emas dan barang kemas paling besar di Malaysia dan mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara. Beli saham Poh Kong Holdings Berhad, anda berpeluang mendapat capital gain dari harga saham dan dividen tahunan.
5. SKIM CEPAT LINGKUP
Caranya, beli emas dapat dividen, duit dan pulangan x% setiap bulan. Ini skim cepat lingkup kerana emas fizikal tidak beri dividen. Akaun pelaburan emas pun tidak beri sebarang dividen. Kalau nak beli dividen kena beli saham macam syarikat Poh Kong yang tersenarai dengan bursa Malaysia untuk tujuan tersebut, tapi itu beli saham bukan beli emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan