Khamis, 19 Julai 2012

CARA MENGIRA ZAKAT EMAS

Lagi dua hari kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan sebagaimana yang kita maklum zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta dimana zakat harta terdiri daripada  zakat emas dan perak, zakat ternakan, zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat galian, dan zakat tanaman. Zakat fitrah pula adalah zakat wajib yang perlu dikeluarkan oleh setiap orang Islam pada Bulan Ramadhan.

Dalil wajib Emas dan Perak
Firman Allah SWT bermaksud:
"...Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(Surah at-Taubah : 34)

Dibawah merupakan syarat-syarat wajib bagi mengeluarkan zakat emas :
1- Islam
2- Merdeka
3- Sempurna milik
4- Cukup nisab
5- Cukup satu haul (dalam kiraan hijrah 354 hari)

Zakat emas terbahagi kepada dua iaitu :
1) Emas yang di pakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya tidak melebihi URUF(nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Syarat wajib untuk emas yang dipakai adalah mengikut uruf setempat.


Contoh : Uruf negeri Kelantan = 85gram
Emas perhiasan yang dimiliki = 100gram
Baki yang dikenakan zakat = 100 gram - 85 gram = 15 gram
Harga emas semasa setiap gram = RM161.00
Harga emas 
15g X RM 161 = RM2,415.00
Zakat yang wajib dibayar 
RM2,415.00 X 2.5% = RM60.375

Harga berat/harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.

2) Zakat emas yang tidak dipakai (disimpan sahaja) wajib dikeluarkan zakat apabila mencukupi atau melebihi kadar nisab (85 gram) nilai emas. Maka, diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5% atas nilai emas sahaja.

Contoh : Anda mempunyai 900 gram emas, jadi 900 gram emas ini perlu dizakatkan.
Pengiraan : 

Nilai emas semasa setiap gram = RM161.00
Nilai emas semasa = 900 gram X RM161 = RM144,900.00
Zakat yang wajib dibayar = RM144,900.00 X 2.5% = RM 3,622.50


Tiada ulasan: