Rabu, 8 Ogos 2012

HARGA EMAS 'SLOW'

Emas didagangkan hampir tidak berubah semalam, sekaligus mengekalkan kenaikan dua sesi sebelumnya ketika pelabur menunggu tindakan daripada Bank Pusat Eropah (ECB) dengan harapan lebih banyak dilakukan bagi menangani krisis hutang rantau itu.

Pelabur sedang memerhatikan perincian rancangan pembelian Bon ECB, selepas ketuanya, Mario Draghi pada minggu lalu berkata ia mensasarkan hutang jangka pendek, bagi merangsang sentimen pasaran hutang kerajaan Eropah.

Ia dijangka memanjangkan sentimen tunggu dan lihat bagi emas, lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuan mengenai tindakan polisi lanjut Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

"Dari aspek makroekonomi, keadaan tidak berubah drastik, prestasi ekonomi AS tidaklah begitu buruk, dan ekonomi Eropah dalam keadaan kucar kacir. Persekutuan pula sedang menunggu waktu paling baik bagi menggunakan langkah terakhir, melaksanakan pelonggaran kewangan,"kata peniaga di Shanghai.

Rata-rata ahli ekonomi yang ditemui menjangkakan bahawa Persekutuan akan melancarkan pelonggaran kewangan ketiga seawal September depan tetapi pegawai kanan Persekutuan berkata rangsangan baru yang terlalu hampir kepada pilihan raya Presiden adalah satu kesilapan.

Emas spot tidak banyak berubah pada AS$1,610.90 seaun pada 0630 GMT, selepas meningkat lebih satu peratus untuk dua sesi sebelumnya. Kontrak hadapan emas AS untuk penghantaran Disember turun 0.2 peratus kepada AS$1,613.80.

Penganalisis teknikal mencadangkan emas akan terus menurun sehingga AS$1,582.58 seauns pada hari itu, kata penganalisis pasaran Reuters, Wong Tao. Lewat minggu ini, China dijangka data inflasi pengeluaran industri dan dagangan bagi Julai, dijangka menunjukkan keadaan ekonomi kedua terbesar dunia itu, semakin stabil pada permulaan separuh kedua berbanding hanya pulih dalam jangka masa pendek.

"Kami terus berhati-hati terhadap logam berharga, walaupun risiko perkembangan berkaitan bank pusat beralih sehingga September berikutan kekecewaan terhadap 'agenda pertumbuhan' didorong politik yang patut menyetujui keperluan penyelesaian kewangan lanjut bagi menggalakkan pertumbuhan,"katanya.
-REUTERS

Tiada ulasan: