Ahad, 5 Ogos 2012

TIGA ORANG WANITA DITUDUH MENIPU WANG DAN BARANG KEMAS  WARGA EMAS

KOTA BHARU- Tiga orang wanita termasuk seorang janda dihadapkan ke Mahkamah Majistret disini, atas tuduhan menipu seorang warga emas di Kampung Stan Beta bulan lalu. Tuduhan dibuat berasingan terhadap Zuraidah Jusoh,41 , Hasnah Mohammad,50 , dan Sarifah Salleh,50 dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mereka dituduh mendorong dan memperdaya Embong Mamat,75 supaya mangsa menyerahkan wang tunai RM100, gelang, cincin dan subang emas. Penyerahan barangan berharga itu dijadikan syarat untuk membolehkan mangsa mendapatkan bantuan RM50,000 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sedangkan tertuduh-tertuduh tahu bahawa ia hanya tipu daya mereka.

Prosiding dibuat terhadap Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly dan Mohd Hafiz Mohd Noor. Susulan tuduhan itu, ketiga-ketiga mereka berdepan penjara antara setahun dan 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika bersalah. Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dua daripada mereka dibenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin kecuali Zuraidah, RM10,000.

Tiada ulasan: