Khamis, 13 September 2012

31 KELEBIHAN MELABUR DAN MENYIMPAN EMAS


Berikut disenaraikan antara kelebihan yang ada di dalam pelaburan dan simpanan emas. Apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas? Membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada yang membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk diberikan kepada anak-anak dan isteri..tapi umumnya di Malaysia ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanyalah logam...
Kata orang dewasa yang sudah kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang, dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek-nenek pula, emas ni untuk diberikan kepada cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula," Setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"

Jadi, adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya..Begitu juga lain kepala lain pemikirannya..Maka antara 31 kelebihan melabur didalam emas adalah:

1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2. Simpanan aset mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.
5. Mudah dan senang untk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik, walaupun sistem ekonomi jatuh.
7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
    "Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu, sekarang ini 1 Dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan ia juga dapat membeli seekor kambing."
Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi.

8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti besi simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
10. Boleh dipakai, disentuh, dan dilihat dengan mata kasar.
11. Boleh dipajak untuk tunai sementara pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu.
12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan emas yang menarik.
13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5 gram-100gram.
14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan.
16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
17. Boleh menjadi permulaan suatu bisness untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang Islam.
19. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
20. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bankrup.
23. Kawalan penuh sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
24. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. Mesin ATM??Erm...
25. Hutang Amerika Syarikat berjumlah trillion dolar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.
27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
28. Memulakan perniagaan baru seperti orang Kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurangnya 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
30. Emas tidak boleh dimanipulasi dan tidak boleh ditiru.
31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS..Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..Maka, kahwinlah cepat..=)


Tiada ulasan: