Sabtu, 29 Disember 2012

BARANG KEMAS RM500000 LESAP, 3 PENJENAYAH TEMBAK POLIS

PARIT BUNTAR - Tindakan nekad empat anggota polis cuba menahan sekumpulan perompak sebuah kedai emas daripada melarikan diri hampir barakhir tragedi apabila kenderaan mereka ditembak dalam kejadian rompakan bersenjata di Pekan Baru, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintandan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua penjenayah bertopeng memasuki kedai emas terbabit melalui pintu hadapan dan mengarahkan tiga pelanggan di dalamnya beredar dari situ.

Jelasnya,sejurus pelanggan beredar, salah seorang suspek mengacukan senjata kepada salah seorang pekerja premis itu, manakala seorang lagi suspek memecahkan kaca meja pameran barang kemas menggynakan penukul. "Selepas itu, suspek bertindak mengaut kesemua barang kemas terbabit ke dalam guni, manakala rakan suspek mengarahkan lima pekerja kedai itu duduk melulut. "Mereka hanya mengambil tempoh 10 minit untuk merompak premis berkenaan sebelum (melarikan diri dengan bantuan seorang lagi suspek yang menunggu di dalam sebuah kenderaan tidak dikenal pasti di hadapan premis tersebut," katanya selepas ditemui media selepas melaewat lokasi kejadian tengah hari semalam. Kejadian itu menyebabkan pemilik kedai emas tersebut menanggung kerugian kira-kira RM500000.

Tayar pancit terkena tembakan

Mat Fauzi berkata, sewaktu kesemua suspek berkenaan  hendak memasuki kenderaan, mereka terlihat sebuah kereta peronda polis yang sedang menuju ke lokasi kejadian untuk menahan mereka. Menurutnya, salah seorang suspek bertindak menembak ke arah kereta polis terbabit sebelum polis bertindak mengejar kenderaan suspek. Namun, usaha kenderaan suspek tidak dapat diteruskan disebabkan tayar kenderaan kereta peronda ini pancit akibat terkena serpihan tembakan senapang jenis 'pump gun' suspek." Suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan utara dan pihak kami sudah memohon bantuan ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan daerah Kerian untuk membantu siasatan,"katanya.

Usaha buru suspek bermula

Mat Fauzi berkata, berdasarkan maklumat saksi, kesemua suspek berkenaan dipercayai berbangsa Melayu dan berusia lingkungan 30-an."Polis Kerian sudah meningkatkan tahap keselamatan di seluruh daerah ini termasuk mengadakan sekatan jalan raya di setiap jalan utama memastikan suspek tertangkap. Sementara itu, seorang peniaga, Ismail Abdullah, 62, ketika ditemui mengesahkan ada mendengar bunyi tembakan di luar kedainya dan terkejut apabila mendapati seorang pelanggan memasuki premisnya secara tergesa-gesa.


Tiada ulasan: