Selasa, 4 Disember 2012

EMAS DULU VS EMAS SEKARANG

Orang dulu :

1. Beli emas sebab tahu harga emas naik (tapi tak tahu sebab apa naik dan tak kisah dengan penurunan harga emas untuk jangka masa pendek). Apa yang mereka tahu, ada wang lebih akan dibuat untuk membeli emas.

2. Emas dibuat modal bisness.

3. Emas dijadikan alat untuk mengembangkan bisness.

4. Emas perhiasan lebih popular terutamanya di kalangan wanita.

5. Simpan emas di rumah.

6. Masih menyimpan wang fiat untuk tujuan saving.


Orang sekarang :

1. Beli emas dengan ilmu tapi sayang, ramai juga yang terjebak dengan skim pelaburan emas dan saham emas yang sebenarnya adalah skim piramid dengan harapan untuk menjadi lebih cepat kaya tanpa mengira ianya halal atau tidak.

Namun, hakikatnya lebih ramai yang beli emas tanpa ilmu kerana sikap tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. Orang sekarang nak beli emas nak kena tengok graf dahulu, sanggup berjaga  malam dan habiskan masa nak pantau untuk mendapatkan harga terbaik. Tak salah, tapi jangan sampai jadi leka dan lali pula sehingga tidak menunaikan tanggungjawab dan kewajipan.

2. Ada yang jadikan emas untuk rolling bisness, tapi ramai juga yang beli emas dan pajak- beli emas lagi sampai tinggal sekeping di tangan. Soalnya mereka perlu menangung kos upah simpan dan adakah menjadi satu keperluan untuk berbuat demikian?

Bukankah beli ikut kemampuan adalah lebih baik??

Ada juga yang memanipulasikan sistem Ar-Rahnu sehingga berlaku longgokan emas di Ar-Rahnu akibat aktiviti pemajakan oleh golongan yang tamak sehingga menafikan hak mereka yang benar-benar memerlukan pajakan untuk kesusahan. Kini syarat Ar-Rahnu semakin ketat kerana banyak masalah yang timbul akibat kaki-kaki pajak ini..

3. Sekarang emas dijadikan alat untuk mencipta pelbagai skim, syarikat jual beli emas juga tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Mereka adalah trader dan hanya segelintir yang berkongsi ilmu dengan masyarakat serta berusaha menyebarkan tentang emas dengan info yang betul. Selebihnya hanyalah untuk keuntungan (nama pun berniaga kan). Tapi, selagi urusniaga mereka,"beli emas, dapat emas di tangan- jangan risau, ini perniagaan yang genuine. Yang patut dirisaukan, beli emas dapat dividen, dapat surat pajak dan sebagainya.

4. Tahukah anda majoriti pengedar emas adalah lelaki? Mereka pun dah pandai menjual barang kemas perhiasan wanita. Selain itu, sekarang ada kepelbagaian emas fizikal yang semakin popular seperti gold bar (jongkong @ kepingan emas) dan dinar emas. Orang sekarang beli barang kemas, bukan untuk dipakai semata-mata tapi untuk disimpan.

5. Belum beli emas dah risau nak simpan dimana. Ini normal untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan simpanan emas. Ramai yang beranggapan banklah tempat yang paling selamat untuk simpan emas sehingga mereka terlupa rumah yang mereka diami selama ini yang mempunyai banyak port rahsia yang boleh dijadikan tempat simpanan emas mengikut kreativiti masing-masing.

Namun, jika kawasan rumah anda kawasan yang berisiko tinggi, bolehlah mencari safe deposit box yang menawarkan perkhidmatan menyimpan aset berharga anda dengan kadar bayaran tahunan yang berpatutan. Anda hanya perlu google untuk mencari info berkenaan.

Ada juga yang risau kena bayar zakat, sedangkan zakat itu untuk meningkatkan ekonomi orang Islam dan menyuburkan harta si pembayar zakat.

6. Bagi yang celik emas, simpanan wang fiat biasanya semakin berkurangan. Tetapi jika golongan yang belum celik emas, simpanan wang fiat mereka sama sahaja peratusannya dengan orang dahulu.

Orang celik emas, akan simpan wang untuk mengoptimumkan simpanan, menarik kekayaan umpama magnet dan melindungi kewangan mereka bukan simpan matawang semata-mata. Matawang bukanlah penyimpan nilai yang baik kerana sifatnya yang lemah, mudah binasa, susut nilai, tidak kalis inflasi dan tiada nilai intristik.

Tiada ulasan: