Khamis, 29 Ogos 2013

Blue Sapphire (Nilam Biru) vs Kyanite


                                 
            Batu Nilam biru atau Safir Biru di sebelah kiri manakala Kyanite di sebelah kanan.

Saya sering ditanya orang akan batu cincin berwarna biru yang dipakainya. Pada kebanyakan masa, saya menjadi teramat serba salah untuk menjawab sekiranya orang itu memberitahu bahawa 'batu nilam'nya itu dibeli dikedai emas sekian sekian dengan harga sekian sekian sedangkan pada hakikat sebenarnya batu biru itu adalah batu Kyanite. 

Oh ya, untuk nama Kyanite ni, maafkan saya kerana saya masih lagi mencari cari nama batu ni dalam bahasa melayunya, mungkin kalau ada sesiapa yang tahu dapat agaknya membantu saya nanti. 

Sambung lagi,sekiranya harga yang dibayar untuk sebentuk cincin itu terlalu tinggi, itu akan menambahkan lagi rasa gusar saya untuk menjelaskan lagi perihal batu Kyanite tadi. Walaubagaimanapun biasanya saya akan cuba sebaik mungkin menceritakan mengenai kebaikan batu birunya dari kecantikannya dan dari sudut terapi dan kurang menyentuh mengenai harga kerana isu tersebut amat subjektif serta sensitif bagi sesetengah orang.

Umumnya orang akan menganggap bahawa kedua dua batu Nilan dan Kyanite adalah serupa sedangkan pada hakikatnya kedua dua batu ini adalah berbeza walaupun warnanya nampak sama iaitu biru. cuba lihat gambar kristal (hablur) kedua dua batu dalam bentuk aslinya. 

                                                           
                                                         Kristal Batu Nilam 2 Piramid

Kristal Batu Nilam adalah berbentuk 2 piramid(enam segi) yang bercantum pada bahagian dasarnya 

                                            
                                                                          Kristal Kyanite

Kristal Kyanite pula berbentuk 'triclinic' yang bermaksud, asas kepada paksi kristal ini tidak tepat atau tidak simetri. Tidak mengapa kalau tak faham pun,cuma perhatikan bentuknya pun dah cukup. Nampak beza kan?

Dari segi kekerasan batu juga, kedua dua batu ini amat berbeza sekali, Batu Safir mempunyai kekerasan 9 pada skala 'Mohs' iaitu kedua selepas Berlian sedangkan Kyanite hanyalah 5 dan kadangkala 7. 

Kerana itulah selalunya orang yang memakai cincin batu Kyanite akan mendapati batu cincinnya cepat pudar manakala cincin Nilam pula kelihatan sama sahaja permukaannya. Ini kerana batu Nilam adalah keras dan batu Kyanite pula lembut. 

Tiada ulasan: