Ahad, 11 Disember 2011

  Disini Tamis Gold ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat terkenal dengan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain iaiti www.kitco.com Tamis Gold juga akan menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan maklumat dan servis yang ditawarkan oleh kitco.


APA ITU Kitco.com?
Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka terletak di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika. Laman web mereka terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.




Laman web kitco.com


Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:
1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)
Jom kita lihat satu persatu ilmu-ilmu ini:


1. Bagaimana mengetaui kenapa harga emas naik atau turun?
Bagi sesiapa yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.
memandangkan herga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini?  jadi anda akan dapat jawapannya di kitco.



























Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:
1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia
Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinytakan di dalam laman web kitco iaitu:
1. Kekuatan dan kelemahan  US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran
Setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.


Bila USD kuat maka harga emas turun
 Jadi, jikalau ada orang bertanya kepada anda kenapa harga emas naik atau kenapa harga emas turun?
So anda boleh rujuk dengan laman web kitco untuk mendapatkan kepastian.


2. Sejarah harga emas/perak
Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.
Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.


Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.
Tamis Gold sarankan anda untuk mengunjungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.
Kesimpulan:
1. Laman web kitco sangat bermaanfaat bagi mereka mereka yang berminat mendapatkan info mengenai emas, perak dan juga komuditi yang lain.
2. Anda boleh melihat sendiri sejarah kenaikan harga emas di laman web kitco


Dengan maklumat yang yang diberi, anda akan mendapat manfaat untuk mendalami ilmu tantang pelaburan emas. Insyallah....

Tiada ulasan: