Sabtu, 17 Disember 2011

KEPELBAGAIAN EMAS DI MALAYSIA

Di Malaysia ada banyak produk emas yg boleh dijadikan pilihan.Antara produk emas fizikal yg ada di Malaysia ialah:
1. Kijang Emas
2. PAMP Suisse
3. Dinar Kelantan, Dinar Restu, Dinar Muslim, Dinar Borneo, dan pelbagai jenis dinar ada sekarang
4. Produk Public Gold seperti Public Dinar dan Gold Bar
5. GCP
6. Singapore Merlion
7. Syiling emas yg boleh dibeli di UOB bank
8. Bunga Raya-Nubex
9. Poh Kong Bunga Raya

KELEMAHAN KIJANG EMAS
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak, Maybank tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Boleh dibeli pada waktu banking hour Maybank sahaja.
4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yg boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit.

KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB
1. Syiling Emas yg dijual adalh syiling emas pelaburan terkemuka dunia.
2. Mempunyai spread yg rendah (2.5%-19.6%)
3. Kualiti emas 24K (999.9)
4. Harga yg rendah
5. Boleh digadaikan kalau nak cash

KELEMAHAN EMAS FIZIKAL UOB
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling emas UOB kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.

KEBAIKAN DINAR EMAS KELANTAN
1. Harga yg rendah-baik untuk mereka yg baru nak bermula
2. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu

KELEMAHAN DINAR EMAS KELANTAN
1. Spread dinar emas Kelantan yg agak tinggi iaiyi 9%.
2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-Rahnu dinar emas Kelantan.

Tiada ulasan: