Ahad, 25 Disember 2011
PELABURAN EMAS, APAKAH YANG TERBAIK??
Secara konsepnya, pelaburan emas adalah "Menyimpan Emas",dengan melabur di dalam emas. Ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yg naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas anda menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, diantaranya adalah:
1. HARGA PASARAN DOLAR (USD) DAN PASARAN MAKROEKONOMIK DUNIA
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakkan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. CHINA, INDIA DAN PASARAN ASIA
Dua negara yg mempunyai populasi terbesar di dunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar di dunia pada masa kini turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yg semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yg berlaku d negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. PERMINTAAN BANK PUSAT NEGARA
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yg ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. KEKURANGAN PENGELUARAN EMAS DI LOMBONG
Hampir semua pengeluar emas utama di dunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yg semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar di dunia turut mengalami penurunan emas mereka.
5. PERMINTAAN PELABURAN
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas di dalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yg mempengaruhi harga emas di pasaran dunia. Untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yg terbaik??Bagi yg baru ingin memulakan pelaburan dalam emas mungkin tertanya-tanya waktu yg sesuai untuk mula membeli?
Mungkin info ini dapat membantu anda. Cuba lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yg pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yg sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut kerana harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komenwel di India baru-baru ini.Ia adalah bukti event yg di adakan di negara tersebut telah mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan. Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik dan yg terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yg kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yg tidak menyedari bahawa pentinnya melabur didalam emas. Jika ini adalah kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak menguntungkan anda.
Kadang kala ada yg bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli? Emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi. Kalau ditanya kepada kami, jawapannya tentulah emas 24 karat atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus di elakkan dan jangan beli jika anda berniat untuk menyimpan emas kerana susut nilainya yg sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Okey, seterusnya apakah bentuk emas yg sesuai untuk pelaburan? Ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Sudah pastinya emas jongkong adalah pelaburan yg terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan