PESARA DISARANKAN BELI EMAS UNTUK MENGELAKKAN WANG KWSP HABIS
Kajian mendapati kira-kira 70% pesara di Malaysia hanya mampu menampung kehidupan mereka selama tiga tahun sahaja jika hanya bergantung kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Penganalis ekonomi yg juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Datuk Salleh Majid berkata, masalah tersebut telah menyebabkan ramai di kalangan pesara terpaksa kembali bekerja semula demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Sehubungan itu, Datuk Salleh menyarankan orang ramai menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan alternatif kerana ia amat menguntungkan bagi menjadikan simpanan untuk masa depan.
" Bila bercakap tentang pelaburan dan faedah jangka panjang yg terbaik, kita perlu ketepikan mentaliti yg menyifatkan emas sebagai sekadar barang perhiasan kerana ia sebenarnya merupakan aset pelaburan yg terbaik. Walaupun diakui ada kalangan harga emas juga turun tetapi kita perlu melihat rekod sejak sepuluh tahun lalu dimana harganya meningkat sebanyak 700%", jelasnya yg juga penasihat korporat syarikat pelaburan emas, Serambi Emas Sdn.Bhd.
Sumber: Berita Kosmo (Ahad,25 Disember 2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan