Rabu, 11 Januari 2012

6 PERKARA "JANGAN" DALAM SIMPANAN EMAS

Ada 6 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya. Akan Tamis Gold kupas kepada anda semua.

1. Jangan Malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas, syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebgainya. Pastikan ansa beli emas dapat emas jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM, oleh ituk janganlah kita menambahkan bilangannya. Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva, jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya. Dan yang terkini, skim yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.

2. Jangan Jual Emas Anda
Jangan jual emas anda tampa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi ( beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah anda beli emas? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangkamasa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah:
a. Rumah
b. Hartananh
c. Emas dalam bentuk lain cth barang kemas
d. Modal Bisnes
e. Keperluan atau  terdesak

Jika anda jual emas anda dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu. Kecuali, jika anda mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinngi, dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit, anda beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk, cara ini bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas, sebagai contoh setiap kali musim perayaan, harga emas akan menjunam sedikit.


3. Jangan Simpan Wang Kertas
Jangan meyimpan terlalu banyak wang kertas, sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti jongkong emas anda pati mendapat untung yang lumanyan.

4. Jangan Tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya memang betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal..Jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun suka orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal. Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas kaya dengan dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dan RM200/gram. Ini baru simpan sahaja dahuntung, kalau yang meniaga macam mana? lagi lah untung!!!

5. Jangan Tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iatu Dinar. Kebelangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak cuba mengembalikan matawang Islam ini. Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Anda bila lagi?

6. Jangan Pentingkan Diri Sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham. Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza, contohnya  dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat ( jual-beli), boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan kita dan masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yang tidak boleh trima terus gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya. Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet susah sangat suruh baca blog Tamis Gold.Macam-macam info emas ada.Yang tak tahu tentang emas akan tahu semua dari A sampai Z. Kongsilah dengan semua anda tidak akan rugi...


Tiada ulasan: