Khamis, 12 Januari 2012

 EMAS TERUS MENJADI BURUAN PELABUR


PETALING JAYA-Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang,
semakin menarik orang ramai membelinya sekaligus menawarkan prospek jualan yang baik.


Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd (Poh Kong), Datuk Eddie Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4% berbanding tahun sebelumnya.

Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaannya.

"Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya.

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta.

Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.

"Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS $1,900 seaun pada 5 September 2011", kata beliau.

Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada aras sekitar AS $1,600 seaun (RM5000).

Sumber: Utusan Online

Artikel di atas membuktikan bahawa emas merupakan pelaburan yang terbaik untuk kita..

Mengapa emas?

1. Kerana emas menawarkan pelaburan sehingga 24jam sehari dan peluang keluar masuk pasaran tanpa had.
2. Wujud pelbagai strategi bagi melindungi kedudukan dalam pasaran.
3. Sistem LEVERAGE membolehkan pelabur memperolehi keuntungan yang besar dari saiz kontrak tinggi dengan deposit pelaburan yang rendah.
4. Tiada had bagi menetapkan kedudukan pelaburan.
5. Terdapat banyak jenis petunjuk yang lazimnya digunakan seiring dengan carta-carta bagi membantu keputusan bagi urusniaga pasaran.

Jadi,apa tunggu lagi..Sementara harga emas masih rendah..Ayuhlah kita beli emas untuk masa hadapan..
Call CEO Tamis Gold di talian 019-2282277 untuk membuat rundingan. Jangan segan-segan, jangan malu-malu ye...


Tiada ulasan: