CARA MENGGANDAKAN KEKAYAAN DENGAN 'HUTANG'
Hutang ialah membeli sesuatu barangan tanpa bayaran tunai. Oleh itu hutang wajib dibayar walau apa dengan cara sekalipun. Kecuali dihalalkan oleh pemberi hutang.Ada hutang yang boleh dikategorikan sebagai hutang 'baik' (Berkat), dan hutang 'buruk' (Mudarat). Hutang berkat kalau diuruskan dengan betul, akan menambahkan lagi kekayaan kita. Manakala Hutang Mudarat, selalunya mengikis kekayaan kita.
Hutang Berkat - Bertambah Nilainya
Hutang berkat ialah hutang pada perkara yang makin hari makin tinggi nilainya, seperti membeli hartanah. Bahasa Inggerisnya dipanggil "good debt". Iaitu hutang yang membuatkan kita lebih kaya, yang mana hutang yang disandarkan kepada aset yang sentiasa meningkat nilainya.Katakanlah hari ini kita berhutang RM100,00 tetapi setiap tahun nilai rumah kita makin meningkat. Mungkin ia boleh mencecah RM200,00 pada 5 tahun akan datang. Sebab itulah bank akan mengenakan faedah tinggi untuk pinjaman perumahan, tidak sepertimana pinjaman kereta.
Hutang Mudarat - Susut Nilainya
Hutang Mudarat pula sebaliknya. Bahasa Inggerisnya dipanggil "bad debt" - jangan disalah ertikan sebagai Hutang Lapuk. Katakanlah hari ini kita beli kereta Myvi, keesokkan harinya nilai kereta itu boleh jatuh sehingga RM5,000! Lagi malang, kalau kita beli pada bulan Disember. Masuk saja bulan Januari (tahun baru), kita mungkin kerugian lebih banyak dari itu kerana nilai kereta akan dikira pada tahunnya, bukan pada umur sebenarnya.
Sudahlah nilainya semakin susut, bank pula mengenakan faedah atas pinjaman tersebut. Kita harus tanggung susut nilai, ditambah dengan faedah pinjaman. Yang miskin akan bertambah miskin. Kalau nak lagi miskin, amalkanlah tabiat suka bertukar-tukar kereta.- contohnya setiap 2 atau 3 tahun.
MAKSUD SEBENAR "BEBAS HUTANG"
Adakah orang tidak berhutang or tak pernah buat apa-apa pinjaman?Ohh.tidak..itu bukanlah maksud sebenar "Bebas Hutang". "Bebas Hutang" bermaksud kita ada pinjaman, tetapi bebas daripada segala tanggungan atas pinjaman. Caranya ialah kita manfaatkan apa yang dikatakan Good Debt untuk gandakan kekayaan sedia ada.
Untuk memudahkan anda fahami, sila baca artikel di bawah yer:
PINJAMAN 1 : PERUMAHAN
Contoh: Anda beli sebuah apartment kos sederhana, tingkat 1, persekitaran terurus baik, dekat dengan KL, mempunyai reserved parking, dan mudah disewakan. Rumah ini boleh dapat penyewa pada bila-bila masa. Bila penyewa keluar, terus orang berebut nak sewa. Dan nilai hartanah meningkat sekitar 10% setahun.
Ansurannya RM550 sebulan, tetapi ia ditanggung oleh penyewa sebanyak RM550 sebulan, dan anda akan dapat insetif daripada syarikat sebanyak RM250 sebulan sebab membeli rumah! Berita lebih baik, pinjaman perumahan itu dilindungi oleh Takaful. Kalau anda meninggal, waris anda dah dapat rumah free..
(Pinjaman di backup dengan hartanah,dan takaful dibayar oleh penyewa)
PINJAMAN 2 : PERIBADI
Anda buat pinjaman peribadi dari Bank Islam sama dengan jumlah yang anda layak keluarkan dari EPF, Akaun 2. Anda gunakan kesemua duit pinjaman peribadi itu untuk membeli emas dan perak yang nilainya naik at least 20% setahun. Ansurannya RM550 sebulan tetapi duit ansuran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pengeluaran EPF RM550 sebulan (sama kadar ansuran membeli rumah).
Berita lebih baik, kalau anda meninggal, pinjaman peribadi itu dilangsaikan oleh Takaful (pakej pinjaman) dan waris anda akan dapat emas dan perak itu percuma bersama baki duit EPF yang belum lagi dikeluarkan.
(Pinjaman dibackup dengan emas & perak, takaful dibayar dengan duit simpanan EPF)
PINJAMAN 3 : AR-RAHNU
Anda pajak sebahagian emas anda untuk dapatkan tunai, dan tunai tu anda rolling untuk bisnes emas yang confirm untung! Kos pajak 1.10% sebulan, tapi anda biasanya akan dapat keuntungan at least 5% sebulan menggunakan duit pajak (duit orang lain). Kalau anda meninggal, waris anda cuma perlu ambil kira duit yang telah dinamakan "Dana Pajak", bayar pada Ar-Rahnu untuk tebus balik emas-emas tersebut.
(Pinjaman dibackup dengan emas, untuk urusniaga yang confirm mendatangkan keuntungan)
Jika anda perhatikan, kesemua pinjaman diatas bercirikan:
1. Pinjaman membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya.
2. Ianya dibackup dengan aset sedia ada serta dilindungi takaful.
3. Ansuran bulanan ditanggung oleh orang lain, bukan duit gaji anda.
4. Kalau anda meninggal atau hilang upaya, anda dan waris tak menanggung hutang walaupun 1 sen.
Teknik menggandakan kekayaan menggunakan duit orang lain iaitu OPM (use Other People's Money) ini hanya sesuai untuk sesiapa yang telah pun berjaya buang tabiat dan mindset suka berhutang. Bagi mereka yang masih dikelilingi hutang, dan masih rasa selesa dengan Bad Debt yang sedia ada..Jadi kami syorkan anda gunalah teknik ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan