MEMAHAMI KONSEP MEMILIKI EMAS DENGAN PINJAMAN AR-RAHNU
Pernanhkah anda berfikir bahawa membeli emas adalah sama ertinya seperti anda membeli sebuah rumah atau tanah atau apa-apa aset yang lain. Kita sering terlupa bahawa emasjuga merupakan aset. Oleh kerana kita hanya memandang emas sebagai barang perhiasan maka pihak yang mendapat keuntungan selalunya golongan yang terlibat di dalam perniagaan emas. Namun begitu, kini Tamis Gold percaya ramai yang semakin sedar akan perkara ini.
Kita buat penelitian terhadap aset lain seperti rumah dan tanah. Apakah hasil yang kita perolehi dari memilikinya? kita akan mengaikan rumah dan tanah petempatan dan juga aset yang mampu memberi kenaikkan nilai selepas tempoh tertentu. Kini gantikan rumah dan tanah kepada emas. Adakah sama?
Ada pihak yang akan mengatakan bahawa rumah atau tanah boleh dibeli melalui pinjaman. Emas tidak. Di sinilah sebenarnya kesilapan yang dilakukan oelh kebanyakkan orang. Mereka terlupa bahawa konsep Ar- Rahnu hampir sama dengan konsep membeli rumah atau tanah. Tamis Gold akan cuba jelaskan dengan cara yang termudah untuk difaham.Antara proses nya ialah:
i. Proses Membeli
Membeli rumah atau tanah, tidak perlu bayar harga penuh rumah tersebut. Hanya membayar bayaran pendahuluan (duit muka) proses pertama adalah anda dan pemaju atau pemilik tanah.
ii. Pinjaman Bank
Proses kedua ini melibatkan pihak ketiga iaitu bank memberi pinjaman untuk menjelaskan bagi pihak anda, baki bayaran yang masih anda berhutang dengan pemaju atau pemilik tanah.
iii. Bayaran Semula
Anda kini berhutang dengan bank. Ini kerana pihak bank telah membayar hutang anda dengan pemaju atau pemilik tanah. Bank akan menetapkan bayaran bulanan pinjaman beserta kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (perbankan islam) yang mesti dibayar setiap bulan
iv. Memiliki Sepenuhnya Atau Menjual
Anda memiliki pilihan di sini. Sama ada anda ingin memebayar hingga selesai pinjaman tersebut dan menjualnya, atau anda melihat kadar kenaikkan rumah atau tanah tersebut. Sekiranya harganya naik tinggi anda mungkin menjualnya lebih awal sekiranya hutang anda mungkin menjualnya lebih awal sekiranya hutang anda dengan bank dapat dibayar penuh dan mendapat lebihan tunai tambahan daripada jualan tersebut (membuat keuntungan)
Sebenarnay konsep ini juga boleh dipraktikkan dengan menggunakan kemudahan kredit yang ditawarkan Ar-Rahnu. Proses yang sama sahaja dari proses pertama hinggalah proses keempat.
Terdapat beberapa kelebihan lain lagi yang terdapat pada emas. Antara kelebihannya ialah:
a. Pembelian emas boleh dimulakan secara ecil-kecilan dengan konsep ini. Ia bermodalkan serendah RM1000 dan selebihnya berdasarkan kemampuan anda. Sekiranya tanah atau rumah pasti lebih.
b. Sistem bayaran semula A-Rahnu, tidak mewajibkan anda membayar pokok pinjaman setiap bulan. Apa yang wajib adalah bayaran upah simpan setelah 6 bulan ia di bawah simpanan bank.
c. Faedah dari kenaikkan harga boleh diambil bila-bila masa sekiranya berlaku kenaikkan harga (bahagian ini Tamis Gold rasa perlu penjelasan lebih mendalam, tetapi tiada apa yang terselindung)
d. Tiada locking period di mana anda boleh membayar penuh pada bila-bila masa (sekiranya membeli tanah atau rumah, walau anda selesaikan segala pinjaman awal di dalam tempoh "locking period" anda tetap dikemnakan penalti)
e. Tiada dokumentasi untuk menyemak kemampuan anda membayar semula pinjaman. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan. Tidak seperti membeli tanah atau rumah. Pinjaman untuk emas memberikan anda kelayakan membeli 100% selagi anda tidak diistiharkan muflis.
Memandangkan sudah ada kemudahan kredit sebegini, mengapa anda perlu tunggu lebih lama lagi? Harga emas dijangkakan akan meningkat jauh lebih tinggi. Untuk membeli aset lain, modal yang perlukan jauh lebih tinggi. Anda boleh bertindak sekarang untuk berjimat atau bertangguh dan membayar harga yang lebih tinggi lagi di masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan