Khamis, 5 Januari 2012

CARA MENGGANDAKAN KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS 2012

Banyak cerita di dada akhbar menceritakan tentang keuntungan membeli dan menyimpan emas. Selain itu juga hal emas ini disebut dalam Ucapan Bajet Malaysia 2012. Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja, sukar untuk menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas ada pasang surutnya, contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam posisi menurun, bagaimana boleh menjana pendapatan? tetapi dari segi jualan,dari bulan Januari hingga Mac adalah rekod terbaik Tamis Gold menjual emas hampir 1kg setiap hari kerana banyak permintaan lebih-lebih lagi kawasan desa.
  
Artikel ini untuk berkongsi sedikit cara kepada pelabur emas sebelum anda meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda.

1. Harga /Masa
Faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam minit, perniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan dui mungkin dibelanjakan. Jujurnya, tiada  siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Meningkatkan Modal Pelaburan
Keuntunggan emas semestinya berdasarkan beberapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

3. Jenis Emas (Barang Kemas/Jongkong Emas Tamis Gold) 
Pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti Pamp Suisse, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

4. Menjual Kepada Kawan
Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman Tamis Gold, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Tamis Gold tidak menjalankan kajian tetapi Tamis Gold tidak pernah jumpa mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

5. Kenali Emas Dan Memperbanyakkan Pengetahuan berkenaan Emas
Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? Tamis Gold cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagau lagi cabang emas yang menguntunggkan seperti emas 916, 750, emas dan permata. Denga mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan/ carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramaiyang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.

Tiada ulasan: