EMAS VS ASB
PELABURAN EMAS
- Pelaburan Emas adalah berbentuk 'capital gain' iaitu kenaikan modal. Kita mendapat keuntungan apabila berlaku kenaikan modal ke atas sesuatu barang.
- Emas merupakan fizikal asset dan asset anda dinyatakan dengan jelas melalui fizikal emas itu sendiri. Jika emas anda seberat 50 gram, maka nilai barang anda itu adalah bernilai emas 50 gram.
- Jika berlaku kecemasan, fizikal asset amat penting sekali.Fizikal asset mudah sekali diterima ramai jika anda ingin menjualnya kerana orang ramai mengiktiraf nilai fizikal aset anda itu.
- Kenaikan harga emas paling rendah 25% setahun.
PELABURAN ASB
- Pelaburan ASB adalah jenis 'compund dividen' iaitu kita mendapat keuntungan berdasarkan peratusan dividen ke atas modal kita.
- ASB merupakan asset kita yg berharga sekali dan merupakan paper asset. Keburukan paper asset adalah asset anda hanya dinyatakan dalam buku pelaburan sahaja. Jika pelaburan anda dalam ASB bernilai RM50,000 maka ia hanya tercatat dalam buku sahaja.
- Jika berlaku kecemasan, buku asset anda itu tidak akan diterima oleh mana-mana pihak atau syarikat. Itulah keburukan paper asset.
- Purata dividen dan bonus ASB hmpir 9% (Paling tinggi).
Kalau dilihat mengenai perbandingan emas dan ASB, jelas sekali bahawa rata-rata sudah tahu bahawa emas memang terbukti telah menguntungkan dari ASB. Namun begitu yang diperlukan hanyalah bukti dan sedikit contoh pengiraan mudah. Jadi, mari saya tunjukkan bagaimana pengiraan paling mudah antara pelaburan emas dan pelaburan ASB.
SILA BUAT PILIHAN
B(TAHUN 2000-2011) |
Sila lihat perbandingan di atas antara kenaikan harga emas dan juga pelaburan ASB untuk 10 tahun.Jom kita buat sedikit pengiraan..
Jom kita buat sedikit pengiraan ye...
Contoh pengiraan seandainya pelaburan emas berjumlah RM20,000.
RM20,000 + 480.33% = RM116,066
daripada RM116,066 itu dikenakan zakat sebanyak 2.5%,
maka RM116,066 - 2.5% = RM113,164.35.
Jadi keuntungan pelaburan EMAS anda selama setahun adalah sebanyak RM113,164.35.
Disebabkan emas adalah kalis inflasi maka keuntungan simpanan/pelaburan emas anda ialah sebanyak RM113,164.35.
Jom kita buat pengiraan keuntungan pelaburan ASB seandainya pelaburan ASB juga berjumlah RM20,000.
RM20,000 + 8.8% (Dividen:7.65% + Bonus:1.15%)= RM21,760
daripada RM21,760 itu dikenakan zakat sebanyak 2.5%,
maka RM21,760 - 2.5% = RM21,216.00.
Jadi keuntungan pelaburan ASB anda selama setahun ialah sebanyak RM21,216.00.
Jumlah tersebut belum ditolak inflasi, sekiranya inflasi negara Malaysia ialah sebanyak 4%,
maka RM21,760 - 2.5% - 4% = RM20,367.36.
Keuntungan pelaburan ASB anda selama 1 tahun ialah cuma RM20,367.36.
Akan tetapi, jika anda ingin menjadi pelabur yg bijak, anda haruslah memiliki kedua-dua asset ini. Dapatkan paper asset dan juga fizikal asset. Ini kerana pelabur yg berjaya, mereka tidak fokus kepada satu jenis asset sahaja. Mereka mempelbagaikan asset mereka.
Seperti pepatah orang jutawan berkata "Don't put all eggs in one basket"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan