Khamis, 26 Januari 2012

HALAL & HARAM PELABURAN EMAS DI BANK MALAYSIA

Tidak dinafikan , tatkala matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas (paper of fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu ini, apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat. Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akuan pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut:

HARAM DAN BATAL

Emas Belum atu Tidak Diterima Serta Merta
Iaitu jika emas belum atau tidak diterima serta merta ketika mebuka akaun pelaburan emas itu. Sebagai contoh, pelanggan hanya membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100gram dan memulakan akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasmi atau concluded. Serta tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima hak tasarruf (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya pada bila-bila masa di kehendakinya).

Emas itu Belum Berada Dalam Pemilikan Bank
Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang beransingan. Urusniaa pembukaan akaun telah menjadi haram dan tidak sah, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam milikna dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen "Taqabud Fil Majlis" (serah terima dalam satu masa) sebarang penangguhan membawa kepada Riba an Nasiah. Kesimpulan: pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

HALAL DAN SAH

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. 
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas( yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sujil hak milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS disisi islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84/1 Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

Jangan Digunakan Untuk Aktiviti Riba
Mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpananya bagi pihak pelanggan tadi tidak dignakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, akad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

Jumlah Emas Mencukupi Ketika Transaksi
Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa. Sebagai contoh: Bank mempunyai 100 kg emas sahaja, dalam masa yang sama, 100 kg emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Contohnya: 
Ahmad membeli 100 kg emas pada jam2.30 petang, demikian juga Ah Chong tepat pada jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kuanter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100kg emas sahaja. Tatkala itu transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama yang sah.

Cara Pembayaran Yang Halal
Pembayaran yang halal dibuat oleh pihak pelanggan pula wajiblah menggunakan sama ada tunai, debit akaun serta merta, kad debit dan kad kredit islam bank tempatan, cek tempatan. 
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit islam yang mengambil masa lebih 3 hari settlement adalah terlarang menurut fatwa majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut uruf bagi memastikan syarat Taqabud Fil hal tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pendangan Mazhab Maliki dan juga Fatwa kebanyakan ulama Fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

Pemegang Akaun Pelaburan Emas Mestilah Membayar Zakat
Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan islam dam apabila nisab simpanannay mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau  telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi Tamis Gold transaksi ini bermasalah dari sudut hukum islam. Jika sujil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses "Taqabud al- Hukmi" yang disyaratkan dalam jualbeli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang ringgit Malaysia.

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, Tamis Gold nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah disebutkan di atas. Jika anda sudah mempunyai jawapan kepada syarat dan persoalan ini anda bolehlah membuat pilihan untuk membuat pelaburan.

Tiada ulasan: