EMAS..KEHENDAK ATAU KEPERLUAN??
Mesti ramai yang masih tertanya-tanya adakah perlu untuk anda membeli emas..Kalau beli nak buat apa dengannya..Betul x? Artikel kali ini akan membantu anda meningkatkan kefahaman dan sedar tentang betapa pentingnya emas..
Empat kategori utama Pembeli Emas adalah :
1. UNTUK TUJUAN SIMPANAN
- Contoh terbaik untuk membantu anda tentang kepentingan emas adalah memberi perbandingan antara ASB & Tabung Haji dengan simpanan emas fizikal.
- Kenapa anda mahu simpan dalam ASB?Sebabnya nak memaksimakan simpanan wang kita kan? Kenapa nak simpan dalam tabung haji??Sebabnya nak buat simpanan untuk pergi menunaikan fardhu haji.
- Tahukah anda dengan menukarkan wang kertas anda ke dalam bentuk emas ada dua senario akan terjadi:
a. Simpanan dalam bentuk emas fizikal lebih menguntungkan. Mengikut perkiraan sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih menguntungkan dari ASB. Anda tak percaya?? Try klik artikel ni.. Emas Vs ASB
b. Simpanan untuk menunaikan fardhu haji akan mencukupi dengan lebih cepat. Mengikut perhitungan yang dibuat, kalau anda simpan 80 gram emas sekarang, InsyaAllah anda akan dapat pergi menunaikan haji dalam tempoh 3 tahun lagi..
- Katakan anda ada anak berusia 1 tahun dan nak buat tabungan menggunakan cash RM3,500 bagi tujuan pelajarannya untuk masuk universiti 17 tahun kemudian. Anda rasa cukup ke cash RM3,500 + (dividen selepas 17 tahun) bagi tujuan tersebut.
- Bagaimana pula jika anda menukarkan RM3,500 itu ke dalam bentuk emas (sekarang dapat la lepas emas 20gram), rasa-rasanya dalam tempoh 17 tahun akan datang berapa nilai emas tersebut? Cukup ke tak? Tepuk dada anda sambil mengelamun jap..hehehe..
2. UNTUK TUJUAN "WEALTH PROTECTION"
- Janganlah anda tersilap fikir jika anda menyimpan wang dalam simpanan bank, wang anda akan selamat. Walaupun anda menyimpan wang anda menggunakan 20 lapis peti besi sekalipun, wang anda still dapat dicuri. Nama pencuri adalah INFLASI!!
a. Untuk pembeli emas kategori ini, mereka tidak peduli tentang berapa percent/peratus kenaikan harga emas setiap tahun. Yang paling penting bagi mereka adalah kekayaan mereka tidak susut atau berkurangan disebabkan oleh kenaikan inflasi.
b. Kenapa pengetahuan INFLASI ini penting??Ok...disini kami bagi contoh terbaik..Harga minyak! Harga Gula! Tarif Elektrik! Semua harga barangan semakin naik mengakibatkan kuasa beli kita semakin susut. 40 tahun yang lepas harga nasi lemak RM0.05 sen tapi sekarang??Dah RM2.00. Adakah saiz telur, kuantiti nasi lemak dan sambal semakin banyak??Rasanya tidak, malah makin ciput jer..Tak berbaloi dengan harga..Betul tak?
3. UNTUK TUJUAN PELABURAN
- Di Malaysia, apakah pelaburan yang guaranteed @ memberi jaminan keuntungan lebih daripada 15% setiap tahun? Jawapannya TIADA. Kalau ada pun dah berapa puluh tahun ia beroperasi? Starting je gempak, after a few years performance biasa-biasa je because its still in form of paper money, right?
- 'Saya nak jadi Fund Manager dalam pelaburan yang saya sendiri lakukan!!' Maksudnya, segala keuntungan bila nak withdraw untuk keuntungan dan semuanya anda sendiri yang control. Semuanya ditentukan oleh anda sendiri dan bukannya 'Fund Manager'.
- Mesti anda mahukan pelaburan yang anda buat adalah dalam pengetahuan anda (turun naik harga emas), tempoh nak menyimpan ditentukan oleh anda sendiri, berapa percent keuntungan yang anda akan dapat. Bukannya mengharapkan orang lain yang pegang wang anda yang belum tentu click nya membawa keuntungan. Kalau untung ok, kalau rugi? Anda yang akan berputih mata..
- Contoh terbaik adalah kejadian tsunami di Jepun pada Mac tahun lepas.Ramai orang yang mempunyai saham mengalami kerugian teruk! Tapi bila anda membuat pelaburan dalam emas, walaupun ekonomi merudum teruk emas fizikal masih berada dalam keadaan yang selamat. Lagi 1, pernah ke anda dengar yang tauke emas bankrup??
4. UNTUK MEMAKSIMAKAN ASET
- Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dicairkan ke dalam bentuk wang ringgit berbanding dengan aset lain seperti rumah, tanah, bon dan sebagainya.
- Anda try pergi Bank Islam bawa jongkong emas tak sampai 15minit. anda dapat menggunakan Ar-Rahnu untuk menukarkan emas tadi ke dalam bentuk wang ringgit (Pajak Gadai)
- Kalau aset lain, at least akan memakan masa berapa lama ye? Seminggu, 2-3 minggu?
- Contoh terbaik adalah perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri..Tak semua orang dapat bonus sempena Hari Raya kan?Ada yang terpaksa mengorek simpanan mereka untuk membeli keperluan hari raya ini malah ada yang terpaksa berhutang. Tahukah anda, jika ada emas di tangan..anda akan dapat solve this problem!! Tambah-tambah kalau mengikut tradisi emas..harga emas tinggi pada bulan puasa dan Hari Raya..
- Katakanlah anda memerlukan RM5,000 setiap tahun untuk tujuan sambutan perayaan (baju raya 1 family, kuih muih, daging, ayam, satay, kek lapis serawak, langsir dan lain-lain lagi..) tak habis list..Masalah ini akan selesai kalau anda ada emas seberat 50 gram atau 20gram (ikut kesesuaian bajet anda), pergi Bank Islam dan buat pajakan maksima sebanyak RM150,00.00 seorang.
- Settle perbelanjaan raya anda.. Emas 50 gram dalam pajakan tu nak settle camne? Disini anda ada masa selama 12 bulan untuk tebus balik emas tersebut (perlu dalam 1.33% sebulan).Rugi ke tak?errmm...mana ada rugi..Dalam tempoh tersebut harga emas itu turut mengalami KENAIKAN & selepas tebus balik dapat lagi digunakan untuk perayaan tahun seterusnya dan seterusnya...
Best kan emas??So, anda di dalam kategori yang mana satu??
1 ulasan:
sakit mate den tgk tulisan n background owner blog ni,,harap diperbaiki untuk menarik lebih ramai pengunjung...
Catat Ulasan