Isnin, 16 Januari 2012

HARGA EMAS JATUH, RUGI ATAU REZEKI??

Kejatuhan Bersifat Sementara
Kenapa kita perlu seronok bila harga jatuh? Bagi orang yang tahu, kejatuhan begini cuma sekejap je. Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka boleh buat fast profit! Kami yakin, 3 bulan akan datang, mereka yang tidak membeli pada masa ini akan menyesal..
Pada asasnya, harga emas tidak sepatutnya jatuh pada masa sekarang. Mana-mana pakar analisis harga emas pasti setuju dengan statement ini. Belum ada faktor yang menyokong harga emas untuk jatuh secara kekal. Yang paling banyak dan besar ialah faktor yang menyokong harga emas naik jauh lebih tinggi daripada sekarang iaitu krisis hutang negara-negara Eropah, krisis hutang US, penyusutan nilai dolar yang teruk dimana kuasa beli US Dollar telah susut sebanyak 90% sejak 1971..

Harga Emas Tak Sepatutnya Turun
Berdasarkan sejarah matawang, penyusutan teruk US Dollar dan krisis hutang negara-negara besar ialah petanda besar sistem wang fiat(kertas) akan RUNTUH! Bila duit kertas runtuh, yang hanya akan bernilai cuma emas, perak, tanah pertanian dan barang makanan. Semua saham, unit amanah, komoditi, hartanah akan jatuh tergolek!! Iye..akan jatuh...!!

Ok, mesti anda tertanya-tanya...apa kaitan US Dollar dengan kita??US Dollar adalah matawang yang digunakan untuk dagangan antarabangsa. Bila US Dollar runtuh, seluruh sistem matawang pun turut sama runtuh!!

Bonus Untuk Pelabur Emas
Apa faktor harga emas jatuh mendadak?Antara faktor utama ialah pelabur beralih dari matawang Euro yang tengah nazak disebabkan krisis hutang ke US Dollar buat sementara waktu! Bila orang beralih dari Euro ke US Dollar, nilai dollar akan melambung dan harga emas akan turun berkadar terus dengan kenaikan US Dollar.

So, ini adalah BONUS bagi pelabur emas dan perak untuk selamatkan dan gandakan kekayaan mereka! Bagi mereka yang memborong pada masa ini, mereka boleh buat untung cepat senang-senang je.. InsyaAllah..

Tiada ulasan: