APAKAH ITU WANG FIAT??
Wang Fiat atau 'Fiat Money' adalah wang yang mempunyai nilai hanya kerana peraturan atau undang-undang kerajaan dan bukan adanya barangan atau perkhidmatan. Istilah berasal dari perkataan Latin fiat, yang bermakna "biarlah dilakukan", wang tersebut ditetapkan oleh keputusan kerajaan. Di mana wang kertas digunakan sebagai mata wang, yang istilah mata wang fiat digunakan.
Fiat wang berasal dari abad ke-11 China, dan penggunaannya menjadi luas selama dinasti Yuan dan Ming. Hari ini, semua mata wang nasional mata wang fiat, termasuk dolar AS, Euro, dan semua mata wang simpanan yang lain. Trend ini bermula dengan Nixon Shock Tahun 1971, yang mengakhiri sokongan dengan logam mulia bagi dolar AS.
Wang fiat, contohnya wang kertas merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan. Walaupun dipanggil dan di anggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.
RISIKO WANG FIAT
Antara risiko-risiko penggunaan wang fiat adalah:
- Angka-angka dalam akaun (termasuk angka atas cek)
- Hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau istitusi kewangan
- Kad plastik digital (Kad ATM, kad kredit, kad debit, dan lain-lain)
Kesemua bentuk wang di atas TIDAK DISOKONG oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya dengan mudah boleh dimainkan oleh spekulator matawang yang berniat jahat, tamak, dan tidak berperikemanusiaan. Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh dimana spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang. Lebih buruk apabila matawang itu langsung tidak bernilai.
Sistem ekonomi kapitalis melalui bank dan institusi kewangan mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran. Tindakan ini menyebabkan:
- Inflasi
- Kuasa beli rakyat berkurangan
- Harga rumah menjadi terlalu tinggi. Saiz rumah semakin kecil
- Semua orang terpaksa berhutang dengan bank sepanjang hayat dan mewariskan hutang itu kepada anak cucu
- Ketidakseimbangan ekonomi
- Kerajaan terpaksa mengawal harga sektor pertanian lalu menyukarkan kehidupan para petani
- Kerajaan terpaksa mengawal harga makanan import terutama makanan rugi seperti beras
Justeru itu, wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila kongres Amerika Syarikat meluluskan FRD dan kemudian memungkiri Perjanjian Bretton Wood, seluruh ummah sudah ditipu 'hidup-hidup'. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Penipuan oleh golongan elit pencekik darah yang berselindung di sebalik nama 'federal'. Kini,risikonya adalah:
- Angka-angka dalam bank boleh susut atau lenyap
- Wang kertas boleh menjadi tisu tandas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan