AR-RAHNU : KALKULATOR & FAQ PELABURAN EMAS DI AR-RAHNU
Kalkulator Pelaburan Ar-Rahnu: Mengira berapa gram dan modal untuk memulakan pelaburan emas samada secara tunai ataupun Ar-Rahnu. Isikan maklumat di bawah untuk bantuan seterusnya. Pelaburan secara Ar-Rahnu kini mula menjadi perhatian kerana cara ini lebih merendahkan kos pelaburan, merendahkan risiko terbeli emas palsu, memudahkan pelabur untuk menyimpan emas serta pelabur dapat memiliki jumlah emas lebih besar berbanding dengan modal pelaburan. Pelaburan emas secara Ar-Rahnu juga biasa disebut 70-30 atau 65-35.
Bagaimana cara pelaburan emas Ar-Rahnu dilakukan?
Sistem Ar-Rahnu memberi pinjaman modal sehingga 70% untuk nilai suatu item. (Maksimum 65% untuk mereka yg belum pernah membuka akaun dan 70% untuk mereka yg mempunyai akaun di Ar-Rahnu). Biasanya pembeli akan menghubungi penjual (CEO Tamis Gold) untuk membawa emas ke Ar-Rahnu berhampiran untuk tujuan ketulenan kemudiannya emas tersebut akan dipajak di atas nama pelabur. Ar-Rahnu akan memberikan pinjaman maksimum 70% dan pembeli akan menambah balance 30% untuk membayar kepada penjual.
Bagaimana keuntungan kepada pelabur?
Jika sebelum ini pelabur A hanya mempunyai RM7000 dapat membeli sekitar 35gram emas 999 sahaja, dengan sistem Ar-Rahnu, pelabur B dapat membeli 100gram emas 999 dengan modal yg sama. Jika harga emas naik sebanyak RM10/gram, pelabur A yg cuma membeli 35gram hanya mendapat keuntungan (35 gram x RM10/gram = RM350), tetapi bagi pelabur B yg melabur di dalam Ar-Rahnu sebanyak 100 gram mendapat keuntungan (100 gram x RM10/gram = RM1000)ditolak sedikit upah simpan, pelabur masih mendapat lebih keuntungan berbanding cara membeli biasa. Kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sebanyak 0.75% sahaja setiap bulan (berbanding kedai pajak konvensional 2%) Pelabur tidak perlu menjual emas simpanan mereka untuk mengambil untung, hanya perlu overlap sahaja surat ar-rahnu di bank atau ar-rahnu.
Adakah pelabur perlu membayar upah simpan setiap bulan?
Tidak, sistem Ar-Rahnu terkini membenarkan pelabur untuk "overlap" setelah harga emas terkini meningkat naik dan pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai. Contohnya: Encik Ali membeli 100gram emas pada harga RM200/gram, setelah 2 bulan harga emas telah naik RM10/gram (->RM210/gram). Encik Ali membawa surat Ar-Rahnu ke bank untuk (overlap), pihak Ar-Rahnu akan memberikan wang tunai sebanyak RM1000 (100 gram x RM10/gram)-upah simpan. Tempoh masa pajakan Encik Ali akan bertambah lagi 6 bulan dan seterusnya.
Berapa lama cadangan pelaburan menggunakan Ar-Rahnu?
Kami cadangkan sekurang-kurangnya 3 bulan, 6 bulan ke 12 bulan.
Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat?
Ya, pelabur tidak perlu risau ketulenan emas yg dibeli kerana pihak Ar-Rahnu akan menguji dahulu ketulenan emas sebelum pelabur membayar kepada penjual. Emas yg dibeli disimpan ditempat yg lebih selamat berbanding di rumah. Pelabur tidak perlu risau untuk menjual emas pada bila-bila masa kerana pembeli emas boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk mendapatkan tunai.
Dimana Pelaburan Ar-Rahnu boleh dilakukan?
Mana-mana Institusi Kewangan yg menyediakan pajak gadai Islam Ar-Rahnu, koperasi-koperasi yg bernaung di bawah Ar-Rahnu, dan anak syarikat negeri yg menyediakan pelan ini.
Bolehkah Membeli atau Menjual Emas kepada Ar-Rahnu?
Tidak, pihak Ar-Rahnu tidak menjual atau membeli emas, hubungi En.Ghani di talian 019-2282277 untuk membeli atau menjual emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan