SELAMAT TAHUN BARU 2012...AZAM EMAS ANDA MACAM MANA???
Selamat Tahun Baru 2012 Tamis Gold ucapkan kepada semua, rakan-rakan seperjuangan serta pelanggan perniagaan Tamis Gold. Tahun baru ini nampaknya menunjukan permulaan yang baik pada pelaburan emas lebih-lebih lagi yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan emas, ini kerana pada awal tahun 2012, harga emas terus melonjak naik.
Harga emas Tamis Gold pada awal tahun baru 2012 dan dengan permintaan emas global mencecah USD1417 per oz. Harga emas pasti naik lagi sepanjang tahun 2012. Dan dijangkakan mencecah USD1500 per oz.
Menurut kajian dalam bermacam-macam artikel yang Tamis Gold baca dari website luar negara mengatakan harga emas akan berpengaruh tinggi dalam tahun 2012, kerana impak yang sangat tinggi adalah kekacauan dunia yang kian meningkat, berkemungkinan orang ramai lebih gemar menyimpan emas berbanding wang fiat.
Bila sesebuah negara dalam kacau bilau ekonomi dunia akan terancam oleh ketidak tentuan pasaran semasa, disebabkan itu harga emas adalah sebuah matawang yang kukuh berbanding dengan wang kertas.
Dalam islam emas diletakkan sebagai mata wang untuk pertukaran barang belian dan jualan ketika dahulu semasa zaman islam berkembang ketika dahulu, kemudian para pengkaji ekonomi yahudi menularkan semasa kepada wang kertas yang ditaksirkan mengikut sukatan emas.
Diharapkan, pada tahun baru 2012 ini, Blog Tamis Gold dapat memberi lebih banyak informasi berkenaan pelaburan emas, agar pembaca mengetahui tentang pelaburan emas dan dapat menimba ilmu tentang emas.
Pasang azam baru untuk tahun 2012, dengan semangat baru, azam baru, beli emas baru, insyaallah dengan izinnya, semuanya tidak mustahil......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan